INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Saturday, February 12, 2011

Red Warriors rampas takhta liga


Image © D5 Sports
Tonggak Kelantan, Norshahrul idlan talaha (kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron




KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kelantan merampas tempat teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan setelah membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menghasilkan gol menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada mint ke-22, Nurshahrul Idlan Talaha (minit ke-71), Mohd Nizad Ayub (minit ke-78) dan gol sendiri oleh pemain Johor FC Mohd Ridwan Mao'n pada minit ke-50.

Sebelum itu Mohd Ridwan turut menyumbang gol sagu hati untuk Johor FC pada minit ke-25.

Dengan kemenangan malam ini, Red Warriors kini mengumpul tujuh mata selepas
tiga perlawanan.

Sumbangan : Astro Nadi Arena

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!