INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Wednesday, January 26, 2011

Ustaz Rock !

assalamualaikum !

bersama saya Mohamad Hafizzuddin Akmal B Mohamad Amin dalam blog hijaupurple yep yep ..
haha ! adoi ! bermulanya pada 24 Januari 2011 aku telah bertugas sebagai pengajar di Pusat Pengajian Al-Jauhar .. Aku di beri tugas mengajar Iqra' 1 , 2 dan 3 di sana .. macam tak percaya yep yep aku kini menjadi usatz walaupun aku sebernarnya berat hendak menerima gelaran tersebut .. bukan apa , tidak di nafikan lah hidup aku sendiri terkontang kanting , haru biru dengan pelbagai masalah .. Aku juga seperti segelinitir remaja laen yang hanya pandang dunia dan hanya di timpa masalah saja aku akan mendongak ke langit memohon pertolongan Yang Maha Esa .. atau lebih tepat lagi aku boleh di gelar sebagai bodoh sombong ..

hendak di jadikan cerita , semasa aku melangkah ke tempat mengaji tersebut , aku di beri ujian iaitu membaca al-quran .. subhanallah , aku sendiri tak percaya yang aku boleh lagi membaca tapi slow @ merangkak-rangkak .. tapi paling teruknya aku baru sedar yang sebenarnya aku dah lama tak membaca al-quran .. hmm .. dengan berkat tunjuk ajar ustaz di tempat pengajian tersebut , dia akan menolong aku supaya aku dapat berjalan ke landasan yang selama ini aku sudah jauh terpesong .. aku terima tugas ini sebab sambil aku mengajar sambil itu juga aku dapat belajar sekali dengan kanak-kanak yang aku ajar nie .. harap-harap apa yang aku ajar di berkati Ilahi ..

ramai yang panggil aku ustaz rock , haha ! aku boleh terima dengan gelaran tue tp kalau nk dapat gelaran ustaz sahaja amata berat sekali lah aku nak terima .. apa-apa pun terima kasih kepada anda yang support aku ye .. semoga korang di limpahkan rahmat daripa Allah SWT ..

amin ..

1 comment:

  1. semoga jadi ustaz yang bagus utk ank2 murid..
    walaupon gaya ala2 rock!!! hehehe

    ReplyDelete

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!