INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Friday, January 21, 2011

Hanya Piano

Kamal seorang budak lelaki yang telah lama kehilangan seorang bapa dan tidak dapat merasakan sepnuhnya kasih sayang daripada seorang bapa kerana bapanya telah lama meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Kamal berusia 3 tahun . Kini Kamal sudah berusia 7 tahun dan tinggal bersama ibunya dalam seba serbi kemiskinan ..


Mak Yam : "Kamal , mak lihat kau ni tak macam budak-budak lain .. Hari-hari bantu mak cari
rezeki untuk kita anak beranak .. kau tak ubah macam bapak kau sendiri , suka
tolong orang .. Tak nak kah kau bercampur dengan budak-budak lain di luar ?


Kamal hanya mendiamkan diri tetapi di dalam hatinya hasrat untuk bermain seperti kanak-kanak lain terpaksa di ketepikan kerana tidak sanggup di ejek dan di herdik akibat kemiskinan .. Jauh di dalam hati Kamal :

" siapa yang ingin bermain dengan aku , seorang miskin , hina dan daif "


Setiap pagi Kamal akan membantu ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak rumah ke rumah .. Dan pada sebelah petang pula , Kamal akan mencari tin-tin kosong untuk di jual dan hasilnya akan di berikan kepada maknya .. Ibunya , Mak Yam berasa amat kasihan terhadap Kamal yang tidak mahu bercampur dengan kanak-kanak lain .. Sayu dan terharu hati Mak Yam dengan kehidupan anaknya yang belum tentu masa depannya .. Mak Yam memasang impian untuk menghantar Kamal ke sekolah muzik mempelajari bermain piano kerana Mak Yam teringin sangat hendak mendengar anaknya bermain untuk Mak Yam lagipun atuk Kamal dahulunya seorang guru muzik .. Maka dengan segala wang yang di kumpul hasil daripada jualan kuih-muih , nasi lemak dan tin-tin kosong Mak Yam menghantar Kamal ke sekolah muzik di bawah jagaan Puan Lee untuk mempelajari bermain piano .. Tetapi terdapat satu masalah kecil iaitu jiwa Kamal tidak kepada muzik dan di sebabkan itu Kamal sangat perlahan untuk mempelajari bermain piano .. Puan Lee tidak berasa yakin tentang Kamal kerana kelemahannya .. Kerana keinginan yang mendalam , setiap minggu Mak Yam akan menghantar Kamal ke sekolah muzik tersebut dan menunggu sehingga Kamal balik .. Pada suatu hari , Kamal tidak pergi ke kelas piano dan Puan Lee merasakan yang Kamal telah mengalah dan tidak berminat lagi untuk datang ke kelas .. Ini juga kerana Puan Lee tidak memberikan sepenuhnya perhatian kepada Kamal ..

Pada suatu hari , Puan Lee telah mengadakan konsert piano atas nama sekolah muzik bawah jagaannya di bandar .. Puan Lee telah menjemput kepada sesiapa boleh datang ke konsert tersebut .. Semasa sedang sibuk menyiapkan konsert tersebut di dewan , tiba-tiba Puan Lee menerima satu panggilan telefon ..

Kamal : "Hallo Puan Lee , ini saya Kamal .. Boleh tak saya ingin menyertai konsert Puan Lee ?"

Puan Lee :" Maaflah Kamal , bukan saya tidak mahu tapi awak tidak berkebolehan bermain
piano dan tambahan pula awak bukan lagi pelajar saya "

Kamal :" Tolonglah Puan Lee , saya merayu pada puan dan berjanji tidak akan memalukan puan
pada konsert nanti "

Akhirnya Puan Lee terpaksa memberi peluang kepada Kamal untuk menyertai dan meletakkan nama Kamal di akhir konsert dengan harapan suapay Kamal akan berubah fikiran di minit terakhir agar tidak menyertai konsert tersebut ..


Hari yang dinanti-nantikan telah tiba , konsert tersebut di penuhi dengan orang ramai dan konsert berjalan dengan lancar .. Kamal hanya memerhati daripada tepi kehebatan pelajar -pelajar Puan Lee sambil menunggu gilirannya .. Akhirnya nama Kamal di panggil oleh pengacara dan Kamal berjalan dengan rambut yang kusut dan bajunya yang busuk , koyak seperti orang yang hilang arah sambil memberi hormat kepada penonton .. Penonton terkejut dan memberikan reaksi muka yang tekejut .. Terdapat seorang penonton membaling kasut dan hampir mengenai Kamal .. Ada yang menjerit

Penonton : " ini tempat orang kaya , bukan tempat kamu orang miskin "

Penonton : " busuklah woi ! pergi balik "


Puan Lee berasa gementar dan takot akan reaksi penonton yang mula berang dan beliau juga takot Kamal akan merosakkan konsert anjurannya .. Kamal hanya berdiam dan duduk di meja piano sambil mendengar cemuhan daripada penonton .. Jari Kamal mula bermain dan penonton yang riuh mula terdiam kerana terpegun dengan gaya dan lagu yang dimainkan oleh Kamal .. Puan Lee amat terkejut dengan cara Kamal bermain piano .. Kamal telah memberikan satu persembahan yang terbaik sehingga membuatkan semua orang merasa kagum akan kebolehannya .. Setelah selesai persembahannya , Kamal di hujani dengan tepukan gemuruh oleh penonton dan Puan Lee sendiri berlari menuju dan memeluk Kamal ..

Penonton : " di mana kamu belajar bermain piano begitu baik sekali ? "

Kamal : " Saya tidak di lahirkan sebagai pemain piano .. Beberapa minggu yang lepas , saya tidak
dapat hadir ke kelas belajar piano bawah jagaan Puan Lee kerana tiada orang yang
dapat menghantar saya ke kelas kerana mak saya sakit tenat di rumah , sakit kanser..
Mak saya telah meninggal dunia pagi tadi dan saya berharap sangat yang mak saya
akan mendengar saya bermain piano"


Para penonton dan Puan Lee terkejut dan salah seorang daripada penonton bertanya ..

Penonton : " Emak kamu sudah meninggal , bagaimana dia hendak mendengar ? "

Dengan sebak Kamal menjawab :

" Anda lihat , ini kali pertama emak saya dapat mendengar saya bermain kerana semasa emak hidup emak seorang yang pekak , tidak boleh mendengar saya bermain walaupun setiap minggu mak menghantar dan menunggu saya balik daripada kelas piano .. Dan sekarang saya tahu yang dia sedang mendengar .. Saya telah memberikan yang terbaik untuk mak saya "


TAMAT



cerita ini mengisahkan tentang cinta dan dugaan .. Apabila anda mempunyai semangat dan ada sebab untuk melakukan sesuatu , anda pasti akan berjaya .. bagi saya , jika anda tidak di lahirkan sebagai seseorang yang berbakat tetapi mempunyai sebab yang kuat untuk melakukannya , anda pasti berjaya dan Tuhan akan membantu anda ..

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!