INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Wednesday, October 27, 2010

the FF storytale episode 7

12.00am 01 /06/2009 maka genaplah kami bersama sebagai mata air ..

Gadis Kecil Molek :"happy anniversary b , yg ke 6 bulan .. hehe ! semoga kita kekal ye :)"

Aku :"happy anniversary gk syg .. amin , sama2 kita doa ye "

Gadis Kecil Molek :"b syg gembira sgt sbb kita da 6bln as a cple .. b nk twu x ?"

Aku :"b pun gembira gk syg .. ape dy syg ? "

Gadis Kecil Molek :"syg kn xpernah cple smpi 6bln "

Aku :"yeke ?? abes plg lame brpe ??"

Gadis Kecil Molek :"5bln je b .. hehe !"

Aku :"ea ?? sian nye .. but dun wurry , dgn b sure lame nye .. hehe !"

Gadis Kecil Molek :"sure nie b ?? "

Aku :"ye syg , very sure"

Gadis Kecil Molek :"syg b sgt2 "

Aku :"syg syg ketat2 :) "


Final Exam - cuti semester

Setelah selesai final exam , aku dan rakan-rakan planning untuk pergi bercuti .. setelah kami berbincang , kami decide untuk menuju ke MELAKA BANDAR BERSEJARAH .. kebetulan Ijat Muncet memang orang melaka , so dia cakap kalau nak jalan-jalan kt melaka dia boleh uruskan dan boleh bawakkan .. kami planning untuk pergi hari sabtu pagi .. tapi Ajie , Adeq , Kecik , Bamok gerak awal pada hari jumaat .. Seperti hari yang di janjikan , kami : Aku , Gadis Kecil Molek , Wan Ego , Shera dan Huda (kami menaiki 1 kereta , aku driver) dan Is Janggut , Lily (1 kereta) bergerak tepat jam 10pagi ..Perjalanan kami mengambil masa 1 jam lebih dan tepat 1 jam lebih kami tiba di Simpang Ampat , di sana Aqil Botak mengambil kami untuk tunjuk jalan ke bandar melaka .. Tibanya di bandar melaka , kami berhenti makan di Melaka Central .. Penatnya Ya Allah ! hehe ! Aku drive , sume tidur .. nasib aku tak tido sekali , hehe ! kalau tak sume tidur terus nanty .. hahaha ! astaga ! Setelah selesai makan , aku contact Ijat Muncet bertanyakan di mana dia .. Dia cakap dia kat rumah then dia suruh kami semua pergi ke Mahkota Parade sebab Ajie dan yang lain-lain akan berada di sana juga .. Perjalanan mengambil masa 15 minit , di sana kami bertemu beramai-ramai di hadapan Mahkota Parade Berhadapan dengan Dataran Pahlawan .. Hari masih siang , so kami decide untuk berjalan-jalan di dalam mall .. Aku dan Gadis Kecil MOlek berjalan bersama-sama .. Macam-macam ada , yang murah , yang mahal , yang terbaik pun ada .. Tepat jam 6.00ptg kami berkumpul semula di hadapan Mahkota Parade .. Kami berbincang untuk menginap di hotel mana , Ijat Muncet memberi cadangan supaya menginap di hotel di tempat di , JASIN .. Setelah dapat keputusan ,kami terus berangkat dan setibanya kami di sana , kami menempah dua bilik .. 1 bilik untuk lelaki dan 1 lagi untuk perempuan .. Ijat memberitahu dia nak bawa kami pergi makan malam , IKAN PARI ASAM PEDAS ! tapi aku tak makan pedas ,, huhu ! Setelah beg-beg di bawa naik ke bilik , kami berehat dan membersihkan diri .. tapi , bilik air kami rosak ..huhu ! sedey nye ! so terpaksa lah mandi di bilik perempuan , tumpang .. wah ! mereka sudah bersiap-siap untuk pergi berjalan sedangkan kami baru nak mandi ..
Tepat jam 830 malam , kami bergerak menuju ke tempat makan yang di beritahu Ijat Muncet .. Dialah tourist guard kami yang tidak bergaji , hehe ! Tiba di restoran tersebut , meja kamilah yang paling panjang sekali dan kesemuanya order asam pedas ikan pari kecuali aku juz order nasi ayam .. hehe ! Setelah selesai makan , kami berjalan-jalan di Menara Hang Tuah , Bandar Hilir , Eye on Eye Malaysia , susur mak nyah dan macam-macam tempat lagi lah ..Selesai berjalan , kami lepak di sebuah restoran berbincang untuk aktiviti hari esok ..

Pagi - sarapan di rumah Ijat Muncet

Da nak tengahari - Bergerak ke bandar melaka (jalan-jalan)

Tengahari - Water World mari !


So setelah capai kata sepakat , kami bergerak pulang ke hotel ..

Keesokkan paginya , Gadis Kecil Molek kejutkan aku bangun tepat jam 7 lebih macam tuela .. Bangun je dari tidur aku terus on tv , tengok Tom and Jerry ..Pagi tu sempat juga kami berSMS mengenai cerita kartun yang kebetulan dia juga sedang menontonnya , padahal bilik sebelah-sebelah je .. Dia mengatakan yang dia telah siap mandi , dan aku baru je nak mandi .. Yang lain masih lagi tidur , dengan mengunakan kekuatan suara aku menjerit "BANGON!" kejut budak-budak bangun.. hehe ! kene maki aku kejap dengan diaorang .. Ketika aku nak masuk bilik air , aku terima panggilan daripada Mazuan yang mengatakan dia ingin datang melaka kerana tidak sampai hati biarkan Huda (gf dia) berjalan-berjalan tanpa dia .. maybe tak happy kowt sebab yang lain ade yang bercouple .. Dia mengatakan yang dia sedang ondaway ke Melaka , so aku decide suruh dia tunggu di Zoo Melaka sebab satu jalan nak ke Water World .. Setelah kesemua budak-budak siap , kami bergerak ke rumah Ijat Muncet untuk sarapan pagi .. Mak Ijat masak nasi lemak , kaw kaw pedas dia .. berpeluh aku , da macam main bola .. Kebetulan , Aspar dan Bainun yang daripada Negeri 9 tiba di rumah Ijat sebab nak join ke Water World .. Setelah selesai makan , kami semua bersiap-siap untuk bergerak ke Water WOrld dan terpaksa cancel ke bandar sebab kejar masa .. Di rumah Ijat, aku memberitahu rakan-rakan lain supaya berhenti di Zoo Melaka bagi menunggu ketibaan Mazuan tanpa pengetahuan Huda .. suprise la katakan ..
Setibanya kami di zoo melaka , 10minit kemudian Mazuan tiba , terkejut beruk Huda di buat nya ,yelah sebab Mazuan text Huda yang dia hendak pulang ke kampung tapi alih-alih ade depan mata dia .. Selesai sesi kejut mengejut , kami meneruskan perjalanan ke Water World .. Inilah kali pertama aku membawa Gadis Kecil Molek berjalan-jalan luar daripada Johor dan aku sangat teruja sebab tak sangka dapat berjalan-jalan bersama-sama Gadis Kecil MOlek .. hehe !


bersambung ...

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!