INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Saturday, April 30, 2011

Pemberi Harapan Palsu ( episod 1 )

Kamal adalah seorang lelaki yang berasal daripada keluarga yang sederhana .. Kamal merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik .. Dia merupakan harapan keluarganya dan kini Kamal berada di menara gading mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan di salah sebuah kolej terkemuka di Malaysia .. Tapi apakan daya Kamal mengambil jurusan kejuruteraan hanyalah kerana ingin memenuhi impian keluarganya walaupun minatnya ke arah kesenian .. Kamal dengan rela hati ketepikan segala impian dan minatnya demi memenuhi kehendak keluarganya .. Semasa Kamal di menara gading , bakat Kamal dalam pembelajarannya tidak lah terlalu menonjol tapi dia cuba berusaha mencapai kejayaan .. Kamal sentiasa menghabiskan masanya bersama-sama rakannya dan tergolong dalam kumpulan budak-budak sengal dan nakal yang popular dalam membuat hal di kolej .. Seperti pelajar-pelajar lain , Kamal juga tidak terlepas dalam mengenal apa itu cinta .. Kamal menaruh minat terhadap salah seorang pelajar perempuan yang boleh di katakan tersenarai dalam TOP 10 gadis cantik di kolejnya .. Pada mulanya Kamal terpaksa ketepikan perasaanya bagi memberi tumpuan dalam pembelajarannya tapi semua itu tidak dapat di tolak apabila Persatuan Kebajikan Kolej mengadakan mesyuarat untuk menganjurkan MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA ANAK-ANAK YATIM , Kamal dan gadis yang di minatinya terpilih untuk di beri tugasan iaitu menjemput 3 buah rumah anak-anak yatim yang berada di kawasan berdekatan .. Dan di sinilah bermulanya bibit-bibit bunga mawar ..

Keesokkan harinya di kolej , Kamal ingin berjumpa dengan gadis yang di minatinya untuk berbincang mengenai tugasan yang mereka dapat tapi ..


Kamal :"Ya Allah .. camne nak bincang, nama dia pun aku tak tahu .. adoi ! ermm nak tanya sape nie ?? ouh yeye , pegi pejabat tengok list nama dn tugasan.."


Sampai di pejabat Kamal terserempak dengan gadis tersebut yang juga mahu mencari nama Kamal di senarai tugasan .. Kamal terdiam terpaku ,


Kamal (dalam hati) :"ahh ! bau strawberry .. wanginye .. lapa pulak aku .."

Kamal (luar hati, haha !): "Eh awak yg berbau makanan , sape nama ?? penat cari , nak ajak bincang tugasan nie "


Azizah :"bau makanan ? nama saya Azizah la .. lapa pegila makan .."

Kamal :"baguih idea tue , jom la sekali , sambil makan boleh bincang boleh sekali .."


Azizah :"boleh juga , dahaga juga nie .."


Kemudian mereka ke kafe bersama-sama dan Kamal tersengih sorang2 :)

Di Kafe ..


Kamal :"kak , order milo ais dan untuk dia air kosong suam-suam kuku .. makan bagi nasi goreng ayam kepak sebelah kanan dan untuk dia bagi , awak nak makan ape ?"


Azizah :"ikut sedap tekak awak je orderkan saya air kosong suam .. Kak bagi samala milo ais.. "

Kamal :"awak ingat nie kedai kakak awak nak bagi-bagi , belilah .."

Azizah :"eh dia nie , tabuh sat g kang .. "

Kamal :"so , ape permulaan yang perlu kita lakukan .. da check ruma anak yatim kat mane ?"


Azizah :"belum , mane ade kenderaan nak pegi survey .."

Kamal :"laa , kaki kan ada, jalan jela ape susahnya "

Azizah :"eh halo cik KAMALA .. opps ! Kamal ! ingat dekat ka nak jalan-jalan nie nah"

Kamal :"eley kalau bab shopping , mampu aje jalan lame-lame .. dah2 , jangan nak ketegaq sangat , sat g ang pulak kene tabuh .. haha !"

Azizah :"ai , sejak bila pandai cakap kedah plak nie ?"

Kamal :"sejak berkenan di hati "

Azizah :"eh , terima kasih kak .. ape dia ?? tak dengar ?"

Kamal :"makan jap , bismillah .. jemput makan ye "

Azizah :"kak ! pinggan kosong 1 .."

Kamal :"eh nak buat ape ?"

Azizah :"kate jemput makan , nak minta pinggan la ag 1"

Kamal :"haha ! meyh nak suap .. eh chop ! nak makan kan ? order sendiri"


Azizah :"huh ! kedekut ! da makan , jangan nak cakap .. kang sat g tercekik plak"

Selesai makan ..

Kamal :"petang nie free ?"

Azizah :"free .. kenapa ?"

Kamal :"nak ajak pegi survey umah anak yatim la .."

Azizah :"errmm bawak kawan boleh ? eh takpe gf tak mara ke ?"

Kamal :"disebabkan saya tidak hebat dalam aktiviti mengurat membuatkan saya bujang sekarang"

Azizah :"haha ! statement tak ley blah .. ermm oke , tapi saya bawak kawan taw"

Kamal :"tak ley la awak , kete saya ade dua tempat duduk je "

Azizah :"amboi ! berlagak nah .. kete ape nie dua seat je .. habaq mai sat "

Kamal :"kete yang dua seat laa .. hehe ! takdelah , kete saya seat belakang ade barang ,so tak muat la kawan awak nak duduk"

Azizah :"dan dan ada barang .. ermm oke tapi nak pegi pukui berapa ?"

Kamal :"lepas asaq nah , pas semayang saya amek awak .. bagi alamat .."

Azizah:"oke , no 3/6 jalan pelangi 7 .. tapi sebelum datang call dulu lah"

Kamal (dalam hati) :"aik ! belum minta da bagi , untunglah .."

Kamal (luar hati) :"num tipon ?"

Azizah :"this is my card"

Kamal :"amboi ! student ade card"

Azizah :"hehe ! saye lupa num tpon .. k lah , sebelum datang call oke , bye KAMALA .."

Kamal :"eh , nie sape nak bayaq ?? pergh ! blah camtu je .. kuang asam tapi takpelah , num tpon dapat , alamat ruma dapat , pakej nie .. eh chop ! tuan empunya belum dapat , so belum pakej ..hehe ! untunglah kalau aku dapat dia , sure mak aku buat pulut kuning 7hari 7 malam , haha ! ish ! takley2 .. nanti bebel plak mak aku , IJAZAH KAW TAK BAWAK BALIK AZIZAH YANG KAW BAWAK BALIK YE .. haha! "



Bersambung :)

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!