INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Saturday, November 27, 2010

the FF storytale - episode 10

PerjalananKu Terhenti ..

Begitulah perjalanan cerita kami tanpa ada pergaduhan besar tapi air yang tenang jangan sangka tiada buaya @ biawak comodo .. Langit tidak selalunya indah , pelangi tidak selalunya cerah .. Pergaduhan kami bermula apabila aku melakukan kesalahan yang amat bodoh , iaitu menyembunyikan perkara yang sepatutnya aku memberitahu dia .. Malam itu aku bergaduh besar dengan Gadis Kecil Molek .. Pada mulanya hanya gurauan biasa tapi mungkin aku agak melampaui batas .. Keesokkan harinya , cuti hujung minggu .. So aku decide untuk pulang ke Johor Bahru .. Aku telah memberitahu Gadis Kecil Molek tapi aku paham bagaimana seseorang itu masih dalam keadaan marah .. Sedang aku dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru , aku terima panggilan daripada Bamok mengajak aku ke Segamat kerana adik dia menghadapi masalah di sana , kena pukul katanya .. Sebagai adik beradik aku harus menunaikan tanggungjawab aku untuk membantu tapi silap aku kerana tidak memberitahu Gadis Kecil Molek kerana aku pergi bergaduh .. padahal aku sudah berjanji tidak bergaduh lagi , cuci tangan la katakan ..

Setibanya aku dan kawan-kawan di Segamat di sebuah kedai makan seperti yang di janji kan .. Kami di hadiri beberapa orang lelaki tapi tidak berjumpa kami sebaliknya sekadar melihat daripada jauh .. Aku mula musykil " kata nak table talk tapi asal stay jauh2 " .. Setelah setengah jam menunggu , kami decide untuk blah daripada situ sebab da lama sangat tunggu .. Tapi dengan rasa tidak puas hati , kami cuba pusing kembali untuk melihat samada mereka telah datang atau belum .. Masa tengah patah balik , kami terserempak dengan sekumpulan lelaki di tepi sebuah rumah , wow ! ramai giler .. lebih kurang 30 orang .. macam mana nak gaduh sedangkan kami cuma 10 orang .. elakkan mati katak je nie .. sebelum maut menempah kami , kami selamatkan diri keluar daripada kawasan tersebut .. Kami decide untuk berkumpul di sebuah kedai makan di pekan segamat .. Sedang kami berborak , tiba-tiba aku terima SMS daripada Gadis Kecil MOlek yang mengetahui aku tidak pulang ke Johor Bahru sebaliknya ke Segamat ..

bla .. bla .. bla ..

Berperang SMS lah di antara kami .. Aku di cop penipu .. Ya memang aku tipu tapi bagi aku untuk kebaikan dirinya dan aku cuma ingin menolong kawan-kawan .. Memang benar silap aku tidak memberitahu dia .. Yeah , dia mengambil keputusan drastik , kami BERPISAH ! .. Aku call dia tidak angkat , aku SMS dia tak reply .. Aku buntu dan menyesal .. Semasa di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat , aku hanya berdiam diri dan aku hanya memikirkan tentang dia dan di sebabkan terlalu tertekan , aku mula layu , pening-pening .. Aku pinta Ajie memberhentikan kereta di perhentian bas Labis .. Aku muntah dan tiba-tiba GELAP pandangan mata aku ..

PITAM !

Sedar-sedar je aku berada di rumah sewa kami di Batu Pahat .. Aku hanya mampu menahan pening kepala yang berdenyut-denyut .. Mazuan , Bamok dan Abi decide hantar aku ke Hospital Batu Pahat .. Doktor mengatakan aku MIGRAIN .. ya memang betul , mata aku sakit bila tengok lampu macam di cucuk-cucuk dengan jarum .. doktor suruh aku stay dalam wad , cucuk masuk air , ambil darah dan rehat sampai esok siang tapi pagi nanti aku ada exam mid term programmer computer management (PCM) .. (aku rasa tol kowt name exm tue , haha ! engat2 lupe) .. tapi aku dh tak mampu nak berjalan , berfikir berat-berat .. hanya mampu terbaring , pejam kan mata , rehat .. Tepat jam 5.45pagi , aku tersentak daripada tidur .. adoi ! exam kene datang jugak .. aku decide bangun berjumpa dengan doktor

Aku : " mana kawan-kawan saya ?"

Doktor :"diaorang semua sudah balik .. saya suruh diorang balik nanti pukul 10 datang ambil
awk "

Aku : "adoi !macam mana nie saya nak balik "

Doktor : "awk da oke ke ??"

Aku : "saya da oke doktor .."

Doktor : "kalau mcm tue , awk da boleh balik lah"


Aku check dalam poket seluar , yela mana tahu ada duit syiling ke boleh la aku call diaorang ambik aku .. dah la dompet takde , ic takde .. " alamak ! takde syiling .. takkan nak balik jalan kaki pulak .. adoi ! .. kusut - kusut .. " .. aku duduk sebentar di bangku memikirkan cara untuk aku balik semula ke rumah .. Akhir sekali , aku ambil keputusan drastik untuk BERJALAN KAKI .. sumpah memang jauh tapi nak buat macam mana lagi kan .. Langkah pertama aku keluar daripada hospital di subuh-subuh hari , pandang kiri dan kanan .. Sedang aku berjalan melalui sekolah bersebelahan dengan hospital , kedengaran anjing menyalak dan berlari ke arah aku ..

ALAMAK ! CABUT !

Aku berlari semula ke dalam hospital dan menyorok di sebalik pintu pagar hospital .. fuh ! kus semangat .. giler lah ! anjing giler .. haha ! aku ketawa sendirian .. nasib tak kena gigit .. kalau tak , baring balik kat katil aku semula .. Setelah 5minit berehat , aku berjalan semula da kali ini aku lebih berjaga-jaga .. Ala-ala james bond .. Tak sampai 5 minit aku berjalan anjing tuh menyalak dan mengejar aku semula , apa lagi berlari tak cukup tanah aku .. Ketika aku berlari semula ke dalam hospital aku ternampak sebuah kereta keluar daripada rumah .. Aku berlari ke arah kereta tersebut

Pakcik : "kenapa nie ?? lari dari hospital ?"

Aku : "tidak pakcik , saya hendak balik rumah .. saya engatkan kawan saya tunggu tapi dorang dah balik dulu "

Pakcik : "habes kenapa tercungap-cungap ?"

Aku : "anjing giler kejar saya masa lalu depan sekolah"

Lalu pakcik tersebut membuka pintu dan menyuruh aku masuk ke dalam keretanya ..

Pakcik : "awak duduk dekat mana ??"

Aku :"taman flora , boleh tak pakcik hantarkan , itu pun kalau tak susahkan pakcik .. saya minta maaf sebab minta tolong cara begini "

Pakcik :"ouh bole2 .. saya pun kebetulan lalu di situ hendak ke sekolah ada mesyuarat , dekat masjid besar kn ??"

Aku :"ha'a .. dekat dgn masjid .. "

Pakcik :"kamu sakit ape ?? "

Aku :"migrain pakcik .. "

Pakcik :"skrg da oke ??"

Aku :" da pakcik .. urmm pakcik berhenti depan masjid je la .. saya boleh jalan kaki .. susakan pakcik je"

Pakcik :" betol nie ?? "

Aku :"betol pakcik .. ini pun rasanya tak terbalas rasanya budi baik pakcik ni .. lagipun pakcik nak cepat kan ada mesyuarat"

Pakcik :"Baiklah .. elok2 jalan tue ye .."

Aku :"terima kasih pakcik ye .."


bersambung ..


p/s
-be honest .. dont ever2 lying or cheating to each other ..
- thanx to the pakcik , hehe ! i really appreciate it ..

5 comments:

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!