Kelantan Darul Naim
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.
Bahasa Kelantan
Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Kelantan, Malaysia, serta daerah Besut dan Pulau Perhentian Terengganu. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur di dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, walaupun ia mempunyai banyak persamaan. Ia pada asalnya adalah sama bahasa seperti Yawi yang merentasi sempadan di Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada penterjemahan Arab untuk penulisannya
Makanan Tradisional
Pusat Membeli Belah , Murah
Bahasa Kelantan
Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Kelantan, Malaysia, serta daerah Besut dan Pulau Perhentian Terengganu. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur di dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, walaupun ia mempunyai banyak persamaan. Ia pada asalnya adalah sama bahasa seperti Yawi yang merentasi sempadan di Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada penterjemahan Arab untuk penulisannya
Contoh Perbezaan Perkataan
Bahasa Melayu Standard | Bahasa Melayu Kelantan |
Boleh | Buleh |
Makan | Make |
Apa? | Gapo? |
Saya | Sayo |
Nasi | Nasik |
Beritahu | Ghoyak |
Berlanggar | Blago |
Rambutan | Mokte |
Perkataan yang berakhir dengan 'an','am' dan 'ang'
Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan diganti dengan 'e'
Bahasa Melayu Setandard | Bahasa Melayu Kelantan |
Jangan | Jange |
Lengan | Lenge |
Ayam | Aye |
Pisang | Pise |
Geran | Gere |
Perkataan yang berakhir dengan 'a','o' dan 'e'
Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan 'o' (dan 'o' sebutan dalam 'sore' dan 'roar' dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti 'sow' dan 'row')
Bahasa Melayu Setandard | Bahasa Melayu Kelantan |
Buka | Buko |
Mana | Mano |
Baka | Bako |
Bunga Bahasa Kelantan
Bunga Bahasa Kelantan | Maksud |
Yak! | Opocot!/opps! |
Deh? | Ok? (Biasanya untuk memohon restu atau persetujuan) |
Gak | Habis tu.../jadi |
Pah? | Habis tu/jadi |
Ho (Bunyi naik ke hidung) | Ya lah.. |
Dock? | Bukan? Betul Tidak? (Persoalan) |
Kata Pengaut Dalam Bahasa Melayu Kelantan
Kata penguat | Maksud |
Manis lleting | Sangat manis |
Masing ppeghak | Sangat masin |
Pahit llepe | Sangat pahit |
Mase ppughik | Sangat masam |
Tawa eber | Sangat tawar |
putih ssueh/ssembo | Sangat putih |
Hite llege | Sangat hitam |
Biru kketu | Sangat biru |
Kuning nnehe | Sangat kuning |
Kenye bbonyah | Sangat kenyang |
Come llote | Sangat cantik |
Gemuk ddebok | Sangat gemuk |
Busuk bbanga | Sangat busuk |
Hapok kohong | Sangat hapak |
Nnakut apah | Penakut sangat |
Ceghoh jeghiloh/bbole | Sangat terang/cerah |
Jatuh celabok | Jatuh sangat teruk |
Kuca hanya | Sangat bercelaru |
Makanan Tradisional
Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.
Akok
| Ayam perecik
|
Budu
| Rojak Buah |
Laksam
| Nasi Kerabu
|
Tahik Itik
| Etok
|
Pusat Membeli Belah , Murah
Pasar Wakaf Che Yeh
Inilah lokasi perniagaan yang baru bersinar di ibu negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga. Asalnya, penjaja di sini adalah daripada pasar di Jalan Hamzah, tetapi telah dipindahkan berikutan pembangunan di tapak lama. Sejak beberapa tahun lepas, pasar Borong Wakaf Che Yeh mula meniti dari bibir ke bibir bukan sahaja warga tempatan tetapi juga pengunjung luar. Pasar ini beroperasi 24 jam iaitu berkonsepkan pasar pagi, pasar runcit, pasar malam dan pasar borong. Paling Menarik, ia menjadi begitu rancak di saat jam berdenting di tengah malam. Seribu satu barang daripada pelbagai fesyen pakaian, tubung, kasut bundle, permaidani, perhiasan rumah, aksesori kereta, dan permainan kanak-kanak, semuanya boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Lagi untung sekiranya bijak memilih dan pandai tawar-menawar.
Pasar Rantau Panjang, Pasir Mas
Destinasi popular bakal pengantin. Itulah kelainan yang masyhur di pasar bersempadan dengan negara seberang, Pekan Rantau Panjang pasti tidak terlepas daripada agenda lawatan ke Kelantan. Ramai yang kagum dengan halusnya seni tingginya kreativiti perniaga yang menghasilkan cenderamata untuk majlis perkahwinan, keraian atau sekadar buah tangan kenangan. Daripada barang biasa seperti sapu tangan kecil hinggalah sampah terbuang umpama sabut kelapa, digubah cantik sampai memukau pembeli untuk membelinya.
Filem
Filem
No comments:
Post a Comment