INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Wednesday, October 27, 2010

the FF storytale episode 5

1 January 2009 ..Malam Tahun Baru

Malam tue aku mengambil Gadis Kecil Molek di rumah sewanya .. aku gerak menaiki Yamaha Ego daripada hostel.. Kami keluar berjalan-jalan , makan-makan bersama kawan-kawan yang lain .. tepat jam 1130pm , kami semua berangkat ke Dataran Penggaram untuk menyambut tahun baru ..ramai betol manusia malam tua .. semua jenis golongan ade , tapi tahu-tahulah Malaysia , paling ramai sekali MAT REMPIT .. Gadis Kecil Molek pegang erat tangan aku bile aku ajak berjalan pusing dataran sebab takot ramai sangat orang , paling utama sekali mat rempit .. tibalah saat yang di nanti2 kan seluruh rakyat , countdown !

5

4

3

2

1

Happy New Year !!!

kami jerit bersama-sama dengan di iringi bunga api yang meletup indah lawa tapi hanya dalam skrin yang di paparkan , hahaha ! punyalah semangat semua orang kira lastly fireworks dalam skrin je .. haha ! tak sampai 15minit lengang terus dataran cuma yang tinggal mat rempit , cam beselah AROK ! so dengan perasaan hampa dan kuciwa , kami berangkat ke MARIAM kedai mamak di bandar batu pahat .. setelah penat borak dan ketawa , tepat jam 130am .. kami berangkat pulang ..


Cincin Pertama dan Senior
Malam tue aku ajak Gadis Kecil Molek pergi main futsal tapi dia tak nak sebab katanya hendak pergi ke Summit bersama rakan serumah sewanya .. di futsal aku mengalami kecederaan di pangkal peha , memang susa nak berjalan .. Aku text Gadis Kecil Molek , atas nasihat dan marah dia suruh aku balik berehat dan tak benarkan aku bermain futsal lagi .. Keesokkan harinya , aku meminta tolong Daus menghantar aku ke hospital untuk check up .. setelah di X-ray , doktor mengatakan hanya bengkak sahaja di pangkal peha .. so terpaksa la aku berehat dan di beri MC selama 3 hari .. fuh ! nasib baik tak bertongkat .. haha !
Malam keesokkannya , aku text Gadis Kecil Molek ajak dia kuar makan bersama kawan-kawan .. tapi dia mengatakan yang dia hendak keluar makan bersama dengan kawan dia dan pakwe kawan dia .. aku pun mengatakan oke sahaja .. tapi dia suruh singgah rumahnya dahulu sebab ade barang hendak di bagi , kebetulan aku juga ade barang hendak di beri iaitu kueh daripada mama ku ..
Setibanya aku di rumah sewa Gadis Kecil Molek , aku berikan kueh tersebut dan dia memberikan sebentuk cincin silver dengan ukiran namanya sekali .. wow ! terharu aku .. hehe ! setelah itu , aku beritahu dia keluar makan jgn noty2 ye .. dan beredar ke kedai makan ..
Setibanya aku di kedai makan , tiba-tiba handset Motorola L6 aku berbunyi .. Gadis Kecil Molek rupanya yang mesej

"B , sury syg tak jadi keluar makan dgn kawan dgn pkwe dia ..
syg keluar dengan abg senior .. dia ajak keluar makan berdua ..
sury sbb baru bagitahu .. nanty kita keluar"


Tersentak aku bila baca text daripada dia .. dalam hati aku , penipu ! panas aku di buat nya .. patutla aku ajak kuar dia tak nak .. sepanjang aku di kedai makan bersama kawan-kawan , aku hanya diam membisu .. setelah selesai makan , kami beredar pulang ke hostel .. tiba di hostel , Gadis Kecil Molek menelefon ajak keluar .. dengan rasa tidak sampai hati untuk marah , aku turutkan saja permintaan nya .. kami lepak di restoran Sham .. di sana dia explain kan satu persatu ..

1.tak jadi keluar makan dengan kawan dan pkwe kawan dia
2.kebetulan senior mesej ajak keluar
3.tak sampai hati nak tolak dan tak sampai hati nak beritahu aku awal-awal
4.bla .. bla ..

aku hanya mendengar , masuk telinga kanan keluar telinga kiri sebab aku tak mahu marah kan dia .. aku bertanya

Aku :"senior yg mana kaw kuar nie ??"

Gadis Kecil Molek :"******"

Aku :"sebelum nie kaw janji dengan aku ape ??"

Gadis Kecil Molek :"minta izin dengan b dulu (tunduk)"

Aku :"abes tak reti-reti nk tnya ,, xpela kaw pun da besar kan .. pikir la aku nie sape .. patutla bagi cincin nie , nk amek ati ape !"

Gadis Kecil Molek :"tak la b .. suryla , lepas nie syg janji tak keluar lagi dengan dia , lagipun tadi kitaorang jalan jauh-jauh"

AKu (sengaja marah):"tak kesahla jalan jauh ke dekat ke , tapi skang nie kaw kuar dulu baru bagitahu , kuar dengan senior yang aku tak suka , kaw jugak yang cakap dia suka kaw tapi kaw tak suka tapi kaw kuar jugak dengan dia .. ape nie ?? mana peranan kaw sebagai gf aku .mana janji kaw.."

Gadis Kecil Molek : (hanya diam membisu)

aku mula kesian melihat dia .. aku ubah topik baru dengan bertanya kan di mana beli cincin ini dan memuji kerana pandai pilih , lawa .. maka terukir lah senyuman Gadis Kecil Molek yang aku suka lihat .. nampak taring wok ! hehe ! So sejak itu , Gadis Kecil Molek tidak lupa akan janji dia dan sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai gf dan berjaga-jaga dalam pergaulan nya ..


bersambung ..



p/s :

1.tunaikan tanggungjawab anda dan janji anda
2.aku seorang yang simple , segala kemahuan kamu akan aku turuti tapi fikirlah juga kemahuan yang aku ingini ..
3.aku hormat korang , korang pandai2la hormat balik ..

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!