INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Thursday, October 14, 2010

the FF storytale - episode 3

aku telah amk keputusan untuk membiarkan kata-kata yang keluar daripada mulut kawan semalam .. kemungkinan ini ujian pertama bagi aku , aku yakin dan percaya kepada Gadis Kecil Molek supaya dia tetap menyayangi aku dan terima aku seadanya .. tapi semakin hari aku tidak memikirkan seolah-olah kata-kata itu sering kali bermain di fikiran aku .. aku mula mengambil keputusan untuk memberitahu kepada Gadis Kecil Molek..

Aku :"yg , kawan b bgtahu sumthg kt b .. b rse agak terkejut gak la an ble dy ckp mcm tue"

Gadis Kecil Molek :"dy ckp ape b ?"

Aku :"mcm nie , ade malam aritue dia datang bilik b ... bla .. bla .. bla .. then dy ckp dengan b yg b untung dapat syg .. b pun okela dia ckp cmtue an bb b rse mmg b untung dapat syg tapi ade 1 ayat dia tue agak panas gak la b dgr .."

Gadis Kecil Molek : "pstu ? dia ckp ape ?"

Aku :"dia ckp , aku cuma lambat sikit je .. paham x mksd dia ??"

Gadis Kecil Molek :"mksdnya ? x phm la , hehe !"

Aku :"b pun mula x phm gk tapi bile pikir2 balik , maybe la an , maybe la yg dia suka kt syg kot cuma b yg dapat syg dlu drpd dia an .. tue cuma sangkaan b jela , nk ckp lebih pun xley gk nanty da jd fitnah .."

Gadis Kecil Molek :"xkan la kot .. dia kan da ade gf , gf dia kwn syg ag .. ish ! x mgkin la b"

Aku :"b pun rase mcm tue jugak tapi cuba syg pikir2 balik , ape motif dy ckp mcm tue .. aku cuma lambat sikit je .. hurm"

Gadis Kecil Molek :"nthla b .. syg pun xtahu tp yg penting b jgn risau , syg cuma syg b sorg je , oke ?"

Aku :"oke syg , b percaya syg spnuhnya :)"


Selepas memberitahu segalanya , aku rasa lega dan bertambah lega apabila Gadis Kecil Molek meyakinkan aku bahawa dia cuma sayang aku seorang sahaja .. Malam tu , aku tidur awal sebab keletihan sedikit .. Selepas mengucapkan selamat malam kepada Gadis Kecil Molek melalui SMS , aku terus tidur ..


Tepat jam 3.06 pagi , aku terjaga daripada tidur .. Panas yang amat walaupun kipas sudah laju .. "kipas switch 5 tapi asal panas lagi .."
Aku mengambil sebatang rokok dan membakar nya lalu capai tuala dan terus mandi sebab panas ye , bukan sebab lain .. Selepas keluar daripada bilik air , aku duduk di atas katil sambil mengipas-ngipas menggunakan buku subjek CS 1 .. Tiba-tiba aku terlintas untuk membuat solat hajat , lalu pergi mengambil wuduk dan mula bersembahyang .. Aku memohon hajat kepada Ilahi ..

1.Ampunkan segala dosa dan kesalahan aku terhadap diri sendiri , keluarga , rakan-rakan , orang yang berada di sekeliling dan terhadap Gadis Kecil Molek juga ..
2. Memohon kesejahteraan hidup dan aman dan di murahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran dan hidup ..
3. Memohon keberkatan hubungan aku dan Gadis Kecil Molek ..
4. Memberi aku keyakinan untuk menunaikan apa yang telah aku janji kan terhadap keluargaku , rakan-rakan dan termasuk la janji aku kepada Gadis Kecil Molek ..

Setelah selesai solat hajat , aku baring di atas katil , tangan di atas dahi sambil memikirkan bagaimana cara untuk aku memegang hati Gadis Kecil Molek sehingga akhirnya ..tapi orang tua-tua ade berkata 'kalau ada jodoh tak kemana' .. ye betol tapi untuk mempunyai jodoh , perlula berusaha mencari dan jika sudah bertemu , berusaha untuk menjaga , berdoa keberkatan dan akhirnya tawakal.. Akhirnya aku terlelap di buai mimpi dengan tidur memakai kain pelikat ..


Tepat jam 730 pagi , aku terbangun daripada tidur kerana handset berbunyi .. "oh ! syg call .. nie mesti kejut bangun tidur nie .. " .. aku angkat call dia dan berpura-pura masih tidur .. "haa kan da kene maki .. haha ! ingatkan nak bermanja pagi-pagi nie tapi maki yang dapat .."..
Seharian aku berada di kolej ...
Tepat jam 430 petang , setelah selesai kelas pembelajaran , aku pulang ke hostel bersama-sama rakan sambil berlumba siapa sampai hostel dulu .. Tibanya aku di hostel , Gadis Kecil Molek SMS aku ..

Gadis Kecil Molek :"b , malam tgk wayang jom , nk ?"

Aku :"cerita ape syg ?"

Gadis Kecil Molek :"histeria , nk ??"

Aku :"cerita hantu ke ? tak takut ? malam nie malam jumaat .. hehe !"

Gadis Kecil Molek :"alaaaaaa"

Aku :"oke2 , x2 ..kul berapa nk tengok ?? kul berapa nk b amek syg ?"

Gadis Kecil Molek :"cerita 830.. xpe , syg pegi dgn kawan , sendiri .. nk tggu b datang , lambat , hehe ! b ajak 'kawan' sekali sbb syg ajak gf dia gk"

Aku :"perli ! hehe ! yela2 .. kul8 b sampai .. "


tepat jam 810 malam , aku tiba di SUMMIT dengan 'kawan' .. kami janji untuk berjumpa di hadapan kaunter tiket wayang .. Setelah selesai membeli tiket , kami terus masuk ke dalam pangggung .. Aku dan Gadis Kecil Molek duduk bersebelahan .. Ada lah part-part yang mengejutkan semasa wayang sedang di mainkan , Gadis Kecil Molek memegang baju aku di bahagian lengan .. Bila part terkejut atau part menakutkan , dia mula menarik-narik baju , memintal baju aku sehingga aku rasa "koyak jugak baju aku nie " .. Setelah tamat cerita , kami keluar daripada panggung ..

Aku :"cuba syg tgk baju b nie da jadi ape ?"

Gadis Kecil Molek (ketawa) :"sury la .. (sambil menggosok)"

Aku :"nasib baik b syg , kalau x .. b tepuk dahi syg , hehe !"

Gadis Kecil Molek :"berani buatlah"

Selepas tu , kami semua menuju ke sebuah restoran untuk dinner .. lapar kot dalam wayang tadi .. kami berborak-borak mengenai cerita wayang tadi sambil makan roti canai .. samok ! Setelah selesai makan , aku dan 'kawan' menemani mereka pulang ke rumah kerana hari pun sudah lewat malam ..


to be continued ..

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!