Hadiah Futsal & Panas Baran
Malam tue aku dan rakan-rakan bermain futsal , aku membawa Gadis Kecil Molek sekali sebab dia mengatakan yang dia bosan duduk di rumah .. ketika aku bermain , dia duduk di luar bersama-sama Mazuan dan Ijat Muncit dan kebetulan datang dua orang lelaki yang tidak di kenali duduk di belakang Gadis Kecil Molek .. Aku perasaan dan mula pergi ke Mazuan mengatakan "tengok-tengok sikit belakang tue , tengok adik angkat (Gadis Kecil Molek ) kaw sekali takot budak tue kacau je " .. Lepas habis bermain ,
Gadis Kecil Molek :"b perasaan tak dua orang budak laki tadi ?"
Aku :"perasan , nape ??"
Gadis Kecil Molek :"hurm .. abg wan , citela .."
Aku dan rakan-rakan :"apsal ??"
Mazuan :"kalau tak da dapat makan daging dah malam nie .. aku dengar pun menyirap .. "
Aku :"yela , ape dia , citela ??"
Mazuan :"budak tue ade cakap sumthing dekat awek kaw nie .."
Aku :"syg , dorg cakap ape ??"
Gadis Kecil Molek :"dorg tnya yg mna satu pkwe syg ? syg diam je la .. lepas tue dorg suruh syg ckp dengan pkwe syg ajak lawan futsal .."
Aku :"oke , lepas tue ? ape yg menyirap nye?"
Gadis Kecil Molek :"dorang cakap kalau dorang menang , dorang amek syg .."
Tersentak aku bila dengar ..
Aku :" ini dah main giler .. engat awek aku chikaro ape , anak patung nak jadikan hadiah ! sial ! mana dorg ? (marah)
Mazuan :"dorg dah blah .. awek kaw cite pun lepas dorang dah blah sebab takot nak bagitahu .."
Rakan-rakan :"relax , malam nie kita cari , kita terus bagi je , jangan kasi chance .."
Aku mengatakan oke tapi di mata Gadis Kecil Molek , aku tahu yang dia memarahi aku kerana telah jadi panas baran sebab dia tidak suka aku jadi panas baran .. sebab itu dia takot hendak cerita pada aku .. aku mula kesal dan Gadis Kecil Molek ? menarik muka daripada aku .. aku tahu dia marahkan aku .. sepanjang perjalanan aku menghantar dia pulang , sepatah perkataan pun dia tidak bercakap .. sampai di rumah sewanya , dia terus masuk tanpa bersalam dengan aku ..
Setibanya aku di hostel , Gadis Kecil Molek menghantar SMS memarahi aku .. aku sedar silap aku dan kami bertengkar malam itu .. Aku mula menjadi baran semula , di sebabkan budak dua orang tua , aku dan Gadis Kecil Molek bergaduh .. Aku mengatakan pada Ijat Muncit yang aku nekad hendak mencari dorang semula .. tapi Ijat melarang sebab kalau aku pergi cari , maknanya aku cari maut dan nanti bila apa-apa berlaku , sudah tentu Gadis Kecil Molek semakin memarahi aku dan silap hari bulan akan membenci aku .. Aku mula terdiam lalu menghantar SMS memohon maaf kepada Gadis Kecil Molek .. Sejak itu , aku mula berubah tidak menjadi panas baran dan sejak itu jugalah Gadis Kecil Molek sering menasihati aku supaya berubah tidak menjadi panas baran .. Dia memberi dorongan kepada aku dan memberi aku ayat-ayat al-quran dan cara-cara untuk menahan kemarahan apabila sedang marah .. antaranya :
1.mengambil wuduk
2.sembahyang sunat
3.beristighfar sambil melihat kuku
bersambung ..
p/s
1.kini aku telah berubah tidak menjadi panas baran sebaliknya menjadi seorang pendiam bila marah
2.masih mengamalkan cara-cara untuk mengelak daripada marah sprti yang di beri oleh Gadis Kecil Molek sehingga sekarang ..
3. Gadis Kecil Molek mengatakan yang dia mengambil cara-cara tersebut daripada sebuah buku bertajuk "Mengawal Panas Baran"
No comments:
Post a Comment