INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Sunday, November 7, 2010

Exam Oh ! Exam

Tepat jam 1230am hari sabtu , aku tiba di teratak rumah sewaku di Batu Pahat daripada teratak kediaman ku di Johor Bahru .. Kebiasaannya aku pulang ke rumah sewa pada hari ini tetapi ini kerana hari ahad aku ada final exam paper Mathematic 2 maka terpaksa lah aku pulang awal .. Setelah mengangkat barang-barang ke dalam bilik , aku ajak kawan-kawan menemani aku pergi makan tapi mereka tidak mahu sebab sedang menonton bola sepak ,Manchester United beraksi .. Tapi Jai ingin menemani aku sebab dia tak minat bola sangat .. Kami pergi makan dekat Mariam bandar .. Setelah makan dan borak-borak , kami pulang ke rumah ..
Setelah hilang penat dan kenyang , aku mula buka buku, study apa yang patut sambil menonton bola sepak di ESPN SERIA A , Internazionale Milano (Inter Milan) sehingga aku terlelap sekejap .. Apabila aku terjaga , aku lihat jam pukul 436am .. Argh ! perut berbunyi tapi malas pulak nak keluar , sO aku teruskan study .. Tanpa aku sedar , aku terlelap lagi sekali ..
Tepat jam 830am , aku tersedar lalu bingkas bangun capai tuala terus pergi mandi sebab exam aku start pukul 9am .. Tepat jam 850am , aku bergerak ke kolej .. adOi ! selesema la pulak .. spoil btol la .. Tiba di dewan peperiksaan , adoi ! sapu tangan tertinggal .. aduh ! kusut jap aku ..

Peperiksaan telah bermula , hingusan mula berair , hahaha ! nak tak nak terpaksa lah kesat menggunakan lengan baju .. nasib baik pakai kemeja long sleeve .. nak kesat pun terpaksa cover-cover , survey kiri kanan .. So hendak di jadikan cerita , selepas 1 jam lebih sedang aku tekun menjawab soalan sambil mengesat hingusan , aku terasa seperti hendak bersin tapi aku tahan .. Setelah selesai menjawab semua soalan , aku buat check balik semua jawapan .. Yelah , mana tahu ada yang tertinggal ke .. Sedang aku check jawapan , tiba-tiba aku terbatuk dan tidak semena-mena , terkeluar lah kahak daripada tekak aku ,

plup !


landing atas paper jawapan aku .. argh !! time-time nielah kaw nak keluar .. macam mana nie ? kusut aku memikirkan .. Setelah 15minit aku memikirkan macam mana nak buang kahak tue ,

ting !

YEAH ! idea .. survey kiri dan kanan , cover-cover aku kesat guna lengan baju then aku lipat lengan baju aku .. Alhamdulillah , selamat gak kahak di hilangkan even ada lagi saki baki kecil-kecilan yang tertinggal .. argh ! peduli apa .. aku bingkas bangun dan terus keluar dewan .. hahaha ! Keluar je daripada kawasan kolej , aku terus buka kemeja aku .. Di dalam kereta , aku ketawa keseorangan , hahaha ! adoi ! dah la selesema , kahak pulak , eh siap landing lagi .. hahahaha !

Pengajaran :

1-jangan lupa bawa tisu / sapu tangan
2-jangan tiru aksi ini di mana-mana
3-belajar daripada kesilapan

hahaha ! :D

2 comments:

  1. kesian la pemeriksa ketas jwpan tuh...
    dpt hadiah sagu hati :P

    ReplyDelete
  2. tawu xpe , hahaha !

    ReplyDelete

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!