INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Wednesday, November 24, 2010

the FF storytale - episode 9

PRANK !!

Beberapa hari sebelum hari jadi aku yang akan menjelang tiba .. Aku dan dia bergaduh bagai nak gila , tapi macam biasalah aku yang mengalah sebab aku jenis tidak suka memanjangkan pergaduhan atau memperbesar-besarkan pergaduhan .. Maka aku decide untuk mengalah tapi dia yang tidak mahu mengalah , seolah-olah mahu WORLD WAR 3 kot .. Masa tue aku di hOstel bersama-sama rakan , macam biasalah borak-borak , lepaking dan sambil-sambil borak tuelah aku bergaduh dengan dia tapi hanya melalui SMS .. Keesokkan harinya aku pulang daripada kelas lebih awal sebab mengalami gangguan jiwa dan konklusi , hahaha ! Tiba di hostel , aku lihat Tomok ada di dalam bilik ..

Aku : "awal kaw balik ??"

Tomok : "aku mmg awal , haha !"

Aku : "kaw da mkn ??"

Tomok :"belum , xde kwn r .. kaw da ke ?? kalau belum jom la .."

Aku :"jap aku tukar baju"


Dengan hati yang kosong , otak yang berserabut memikirkan perihal mengapa Gadis Kecil Molek yang aku kenal menjadi sebegini rupa .. Kami menuju ke kedai makan dan semasa kami sedang melihat lauk pauk , tiba-tiba ada seorang budak kecil lebih kurang umur 7-8 tahun datang kepada aku

Budak Kecil : "abang , bungkus air sirap 1"

HAHAHA !

pecah perut aku dengan Tomok ketawa .. hilang tension dan serabot aku walaupun sekejap dengan permintaan sirap ais daripada budak tuh .. siod je ..

Petang tu , aku start scooter yamaha ego aku lalu beredar menuju ke Pantai Minyak Beku untuk menghilangkan tension sebab jika ada masalah atau ingin memikirkan sesuatu aku akan menjadi senyap secara tiba-tiba atau mencari tempat yang tenang untuk bersendirian .. Dengan berbekalkan kacang cap nganying dan air coke dan winston 14 sekotak aku menuju terus ke bahagian batu .. Sedang aku melepak melayan feel .. Kedengaran bunyi handset menandakan text masuk daripada si dia ..

Gadis Kecil Molek :"kt mne ?"

Aku :"minyak beku"

Gadis Kecil Molek :"wtpe ?? perasaan ?? bgusla kaw mcm nie kan .. "

Aku :"saje je lepak"

Gadis Kecil Molek :"tak payahla kaw .. dala aku nk kuar"

Aku :"hmm oke .. aty2 , take care"


Malam tu kawan-kawan ajak pergi makan dekat Mariam (seingat aku la) , selesai makan lepak borak semua , mereka ajak pergi lepak dekat dataran .. Yang pergi dataran masa tu cuma aku , Ijad Muncet dengan Kecik .. Yang laen katanya pergi ke bank .. dalam hati aku

"hmm .. sambut birthday sorang2 la jwbnye aku mlm nie .. i hope si dia ade skali .. dengan kwn2 kompom2 ke tepung nie "

Semasa di dataran , aku habiskan masa berjalan-jalan di sekitar dataran sambil menunggu menara jam tepat pukul12 .. Tiba-tiba aku menerima call daripada Ijat Muncet menanyakan aku di mana .. Aku hanya menjawab kat area air pancut .. Kebetulan menara jam telaj berbunyi menandakan tepat jam12 .. Dan datangla si Ijat Muncet menarik aku menuju ke atas pentas dataran dengan sebelah tangan menutup mata aku dan tiba-tiba

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO AWE !
HAPPY BIRTHDAY TO YOu !!!!


mengalir air mata aku dan terperanjat dan tergamam sebab semua kawan-kawan dan Gadis Kecil MOlek berada di hadapan aku .. wow ! terharu rasanya .. Aku menerima ucapan daripada setiap seorang dan menerima hadiah sepasang kasut CONVERSE pemberian daripada Gadis Kecil MOlek , thanx sayang ! Sedang kami semua menjamu selera KFC , Gadis Kecil MOlek memberitahu

Gadis Kecil MOlek :"b , syg minx maaf , selama nie syg sengaja ajak gaduh sbb nk buat suprise Happy Birthday b , syg sayang b sgt2 !"

Aku :"Ouh mcm tue ye .. siod je , b da mati-mati percaya tawu x .. sape lagi yg terlibat ?? thnx ye syg .."

Ajie :"aku .. aku tak tawu .. haha !"

Lain-lain :"Sume subahat .. haha !"

Aku :"Ouh .. patutla beria-ria ajak aku datang dataran .. tapi apa-apa pun thanx ya for everything .."


Setelah selesai makan dan semuanya , aku dan Gadis Kecil Molek bersalaman ,kami berpisah untuk pulang ke hostel dan rumah masing-masing .. Tiba di hostel , aku agak pelik mengapa kesemuanya agak sunyi dan tiada seorang pun yang lepak di depan hostel .. dan secara tiba-tiba

SERANG !!!!!!

aku dah agak dah ..

Splash !!!


simbahan air daripada 2 jenis baldi yang berbau busuk yang mengandungi bahan-bahan terpakai dan terbuang seperti kauh maggi kari yang basi , air soya yang basi siap biuh-buih lagi , sup basi , minyak hitam , sambal nasi ayam 4hari punya ,rumput , abu rokok , air paip , air sabun dan lain-lain campuran kimia yang boleh menyebabkan bau busuk tersebar .. hahaha ! Habis basah dan berbau busuk aku di buatnya .. Haa apa lagi , aksi kejar mengejar lah .. Dengan berbekalkan larian laju , haha ! aku mula mengejar sesiapa sahaja supaya aku dapat peluk mereka .. YEah ! orang pertama yang aku berjaya peluk ialah Tomok .. yang lain lari bertempiaran , ada yang menyorok , ada yang sampai berlari kebelakang hostel dengan berkaki ayam dan bermacam-macam lagi supaya dapat melarikan diri daripada di peluk tapi budak-budak bilik aku Ajie , Tomok , Bamok , Kecik , Skru , Ijat Muncet , Mazuan , kesemuanya aku dapat peluk (aku rasalah) .. dan path paling best sekali Is Sakini yang leka sibuk online Myspace , aku datang terus pelik dia daripada belakang sambil mengesat-gesat kepala aku dekat pipi , muka dan bajunya ..

Is Sakini : " hoi ! aku pun kene jugak .. siod awe ! haha !"

Aku :"birthday boy kan . kene kene"



bersambung ..

p/s

-the great moment i will not forget it .. enjoy dan thanx dengan korang ,haha !
-memang busuk aku masa tue , siod korang ..
-aksi kejar , peluk dan menyimbah air campuran bahan2 kotor adalah tradisi kami apabila menyambut birthday seseorang ..
-thnx to Gadis Kecil Molek sebab hadiahkan kasut , nice .. saya still lagi pakai sampai sekarang

2 comments:

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!