Kami pulang dari Water World Melaka tepat jam 6 petang .. Kami di bawa oleh Aspar dan Bainun untuk menikmati makan malam atau dinner di Tampin , Negeri 9 .. Setelah selesai makan , kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu JOHOR BAHRU .. Semasa dalam perjalanan kami singgah sebentar ke Batu Pahat untuk mengambil barang-barang .. Tepat jam 2 pagi kami tiba di Johor Bahru .. Di sana kami berhenti di hadapan Post Office berdekatan dengan MPJBT untuk bertemu dengan Bamok sebab hendak memberikan barang padanya yang di tumpang dalam kereta Mazuan .. Di sini kami berpisah antara aku , Mazuan , Wan Ego , Is Sakini dan Huda .. Aku meneruskan perjalanan dengan menghantar Gadis Kecil MOlek dan Sheera ke rumah Sheera dan berjanji pada keesokkan harinya akan menghantar Gadis Kecil MOlek pulang ke Kluang ..
Keesokkan tengahari , aku pulang ke rumah aku sebab malam tadi aku menumpang tidur di rumah Tomok .. Aku pulang untuk mandi makan salin pakaian dan memberitahu mama yang aku hendak keluar menghantar Gadis Kecil Molek pulang ke rumahnya .. Aku mengambil Gadis Kecil Molek di Kediaman Balai POlis Depoh Johor Bahru , iaitu rumah Sheera .. Setelah kesemua barang-barang di letakkan dalam kereta , kami meneruskan perjalanan .. Walaupun penat semalam belum hilang tapi aku ketepikan semata-mata tidak mahu membiarkan orang yang aku sayang menaiki bas pulang ke Kluang .. yelah , kang kene culik , aku yang di persalahkan , hehe !
Tepat jam 4 petang kami tiba di Kluang , singgah sebentar di Mc Donald sebab hendak belikan makanan untuk adik dia .. Setelah selesai , aku menghantar dia pulang ke rumah , aku mengharapakan ibu bapanya ada supaya dapatlah aku jelaskan kenapa aku menghantar anaknya lambat beberapa hari .. tapi ibu bapanya tiada di rumah , yang ada cuma adiknya seorang .. Setelah tiba di rumah , aku tolong angkatkan barang-barang dia ke dalam rumah .. Kami bersalaman dan aku teruskan pulang ke Johor Bahru semula ..
Cuti Semester ..
sepanjang cuti , kami hanya menghabiskan masa bermain SMS , call , super saver , 3g kadang-kadang gaduh , kadang funny .. Sampailah satu hari , dia sms beritahu yang dia hendak turun JB untuk berjumpa dengan aku ..
Aku : "hari ape nak dtg ? kene tahu dlu sbb sibuk tlg papa .. kalau bgthu awal insyallh dpt mnx excuse "
Gadis Kecil Molek : "tak sure lagi la b .. da sampai syg bgtw oke ?"
Aku mula mengelabah ,"macam mana nie ? keje byk x setel lagi tp xpelah , aku cuba curi2 masa"
Malam tue , dia sms yang dia akan bergerak ke JB menaiki bas pada esok hari .. aku minta untuk mengambil dia tapi dia tidak mahu kerana kawan dia akan ambil dia di Larkin ..
Hendak di jadikan cerita , aku memberitahu dia yang aku cuba bawa dia berjalan-jalan jika tiada kerja tapi Allah itu Maha Besar .. setiap kali aku hendak berjumpa , ada sahaja ujian yang Dia beri sehingga dia merajuk dan kecewa dengan sikap aku yang seperti tidak mengharigai kedatangan dia walaupun aku hanya pernah berjumpa sekali sahaja di Jusco Tebrau , itupun aku curi tulang bergegas untuk berjumpa dengan dia .. aku mula rasa bersalah tapi apa kan daya , kerja bertimbun dan ujian ada sahaja .. Sejak itu dia berjanji tidak mahu datang lagi .. aku menyesal tapi hanya mampu berserah padaNya .. Kegembiraan dia sepanjang dia di JB hanya bersama kawannya tapi tidak bersama aku .. hmm
p/s
sedang mencari diari yg hilang .. kesemua kisah FF storytale dlm diari tue . argh !!!
wow ada diari..xsangka~
ReplyDeletecari sampai jumpa k :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemstla , engat otak xberapa kuat sgt , so tulis dlm diari
ReplyDelete