INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Friday, November 25, 2011

Wanita Materialistik ? Mengapa ?

Tajuk yang mampu memberi beberapa jawapan pedas , makian dan beberapa tumbukan laju dekat aku , HAHAHA !oke lets discuss mengenai wanita materialistik ini ..

Pendapat Pertama

Dunia Wanita Materialistik
by AF HAZWAN on
Situasi A

Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferrari dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami menuruti segala kehendak si isteri kerana mampu dari segi kewangan. Si isteri gembira dan berpuas hati.

Situasi B

Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferarri dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami TIDAK menuruti kehendak si isteri walupun mampu dari segi kewangan. Si isteri sedih dan tidak berpuas hati.

Berdasarkan dua situasi di atas, saya yakin dan pasti wanita akan berasa gembira dan berpuas hati jika kehendak mereka dituruti. Jika kehendak mereka tidak dituruti, semestinya mereka akan bersedih dan tidak berpuas hati. Ini adalah lumrah kejadian wanita. Namun, adakah golongan wanita ini adalah golongan wanita materialistik?

Prada, Luis Vuitton, Chanel, Vinci, Versace dan sebagainya adalah jenama terkemuka dunia yang menjadi kegilaan ramai wanita pada abad ini. Jika diberi pilihan sama ada kereta Kancil dan BMW saya yakin dan pasti jawapannya mesti yang lebih mewah. Begitu juga dengan wang kertas RM10 dan RM 100. Semestinya yang besar akan menjadi pilihan.

Materialistik pada sudut bahasa bermaksud sifat yang mementingkan kebendaan. Pandangan umum untuk perkataan “Materialistik” adalah negatif.

Sebenarnya, kita semua adalah manusia materialistik. Jika tidak, perhatikan sendiri jam di tangan anda, perhatikan jenama pakaian anda. Anda membaca posting ini dengan menggunakan “laptop” dengan bantuan teknologi internet. Ya, kita sememangnya materialistik cuma ditahap selamat dimana kita masih lagi waras dengan pemiliihan kebendaan yang penting dan berguna untuk keperluan hidup kita.

Apakah kesan wanita materialistik terhadap perhubungan cinta anda?

Kesan daripada anda memilih wanita materialistik di dalam kehidupan cinta anda adalah terpulang kepada keadaan diri anda sendiri. Jika anda mampu daripada segi kewangan sememangnya anda mampu untuk belikan apa saja. Bagi anda yang tidak mampu semestinya “tinggalkan saja” adalah pilihan anda.

Kami di Seni Cinta sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk permasalahan cinta. Oleh itu, jika anda sedang bercinta dengan wanita materialstik, nasihat kami adalah cuba kaji dan fahami sejauh mana cinta dan kehendak wanita tersebut ke arah kebendaan. Jika ditahap yang melampau, anda ada dua pilihan iaitu:

PERTAMA – Berfikir dan bertindak ke arah kemahuan wanita tersebut
KEDUA – Tinggalkan wanita tersebut untuk kebaikan anda dan masa depan
Setiap pilihan pasti ada tujuan dan matlamat jangka masa panjang. kadang- kadang anda harus memilih untuk meneruskan hubungan dengan wanita yang dianggap materialistik kerana segelintir wanita seperti ini sebenarnya akan membantu anda untuk menjadi lebih maju lagi di masa yang akan datang. Jika anda betul- betul komitmen ke arah ini semestinya kereta kancil anda akan berubah menjadi BMW 5 tahun daripada sekarang. Jenama pakaian anda akan berubah menjadi lebih mahal. Wang di dalam wallet anda yang selama ini dipenuhi wang kertas Rm1 akan dipenuhi dengan wang kertas Rm100, malah wang di dalam akaun bank anda juga akan bertambah.

Oleh itu, berfikirlah ke arah sesuatu yang positif untuk anda, si dia dan hubungan cinta anda. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk anda gagal di dalam perhubungan cinta anda. jadikan kelemahan itu sesuatu yang menghasilkan kekuatan. Anda mampu lakukannya!

(sumber : http://senicinta.com/blog/dunia-wanita-materialistik/ )

Pendapat Kedua

Sebenarnya...memang ada wanita yang ikhlas dan berhati tulus untuk menerima cinta si jejaka seikhlas mungkin tanpa memandang harta dan kebendaan . Masalahnya , bilangannya tak lah seramai mana . Betul tak ? Tapi...kalau semua memandang harta , siapa nak terima cinta jejaka yang tak berapa berharta yang berlambak tu ? Kenapa harta menjadi ukuran ? Itu kena tanya gadis - gadis kat luar tu .


Sebenarnya , LM sendiri tak menafikan...wang itu penting . Takda duit nak makan apa betul tak ? Tapi kes yang kita katakan ni bukan pasal lelaki yang tak berkerja...cuma tidak memiliki kereta cantik dan berpoket tebal . Kalau kita perasan , gaya hidup mewah dah jadi trend gadis kini yang bergelar pelajar . Duit pinjaman PTPTN kan bayak..cukup untuk mereka buat rebonding , beli handphone canggih dan beli baju - baju branded . Jika dah biasa guna benda berjenama , mau ke naik motor kapcai bila berdating ? mungkin ada yang mau..tapi bukan semua kan ?


LM bukan nak hentam sesiapa..bukan nak kutuk lelaki menipu kerana mereka malu dengan diri mereka atau nak kutuk wanita yang hanya memandang kebendaan . Perkara ni memang umum . Semua tau tu . Ramai wanita terlalu mengejar kemewahan . Kalau nak cari yeng berkereta cantik dan smart , poket tebal...anak orang kaya boleh la korang tackle kan ? Tapi jejaka yang baru bekerja dan takpunya kereta korang sanggup ke terima cinta mereka ? Tak ramai wanita yang sanggup naik motor kan ?


Jalan mudah bagi wanita mata duitan dan memandang kemewahan ni , dengan mereka buat hubungan cinta dengan lelaki dah berkahwin yang berpoket tebal . Bukan semua wanita macam tu , tapi rami je yang buat macam tu . Setakat makan ada orang tanggung , top up settle apa dia nak risau . Pernah LM jumpa ada sorang perempuan ni...cam tak layak je rasanya nak panggil dia wanita..huhu . Perempuan ni waktu dia belajar...3 tahun segala duit sewa rumah dan duit saku ditanggung oleh seorang seorang lelaki ni . Dah la lelaki ni dah tua dan berkeluarga . Tapi kononya demi cinta , si lelaki sanggup . Dah habis belajar lelaki yang agak berpengaruh ni siap carikan kerja dengan menggunakan cabel yang lelaki tu ada . Tapi bila dah kerja....perempuan ni hinggap pula ke tangan lelaki lain yang lebih kaya . Ada kan kes macam tu ....


Tapi...memang geram lah juga LM kalau terjumpa wanita jenis materialistik ni . Mereka anggap cinta macam takda makna . Cari kepuasan diri atas kelemahan lelaki . Alah..lelaki kalau dah tergoda dengan kecantikan dan liuk lentok perempuan...ramai je yang cair , betul tak ? Akhirnya..duit dalam poket tu di tabur je pada perempuan camni .


Kepada jejaka tampan dan gagah perkasa di luar sana , korang masih single ? Jangan risau...sesuangguhnya ramai lagi wanita yang baik budi dan ikhlas dalam bercinta ....percayalah . Sesungguhnya , wanita yang baik itu hanya buat lelaki yang baik .

(sumber : http://www.lydiamiza.com/2011/01/terlalu-ramai-wanita-materialistik.html )

Pendapat Ketiga

Shafila Saparuddin

bgantung pd individu tu sndri. sbb bgntung gak pd keinginan n kperluan individu tu. sbb x sume wanita, kite leh judge as wanita materialistik ..

Pendapat Keempat

Nama Saya Nazim

jika kita lihat sekarang..wanita lebiih mudah menyukai jejaka y mmpunyai kereta @ sbgainya... mereka cnderung utk mmilih y berharta..mksodnya d cni mereka punya cinta tidak sejati..
Bagaimana dengan pendapat aku ??

hmm agak susah apabila memikirkan . tapi pernah korang dengar konsep

LELAKI : WANITA
9 AKAL 1 NAFSU : 9 NAFSU 1 AKAL

ape yang aku nampak dan research lah kan , daripada konsep di atas da boleh nampak kot materialistiknya tapi semuannya bergantung kepada hati dan diri juga .. nampak balance sebenarnya konsep nie ..

Mengapa wanita 9 nafsu dan 1 akal ?

Sebab 9 nafsu adalah perkara yg besar , melebihi 1 nafsu .. sebagai seorang wanita 9 nafsu , mereka inginkan segalanya walaupun hanya untuk memenuhi kehendak lebih daripada keperluan .. Mengapa ? kerana wanita inginkan kesenangan hidup , keselesaan hidup dan yg sempurna dalam hidup .. betol ? tapi mengapa di kurniakan 1 akal ? di sini kita dapat lihat ,

Contoh :
seorang wanita pergi membeli belah , mata terbeliak melihat segala di depan mata , contoh ada 5 jenis pasang baju di depan mata , nafsu inginkan kelima-lima baju tersebut tetapi akal 1 tak mampu menandingi nafsu yang 9.. jika duit banyak , sudah tentu semua baju di belinya tetapi jika duit sedikit , dengan akal yang satu mereka sanggup meminjam duit daripada rakan atau family semata2 untuk membeli kesemua baju .. ada juga wanita yang bijak menggunakan 1 akal mereka , dengan memilih yang PALING lawa daripada kelima-lima baju tersebut

(*suami menyirap tunggu , 5 baju pun susa nak pilih , HAHA !)
(*pucuk pangkal hati dan diri )


Mengapa lelaki 9 akal 1 nafsu ?

Nafsu lelaki hanya pada satu iaitu wanita .. mengapa ? sudah lumrah sejak kejadian Nabi Adam a.s di lahirkan dan di beri pasangan seorang WANITA iaitu Hawa yang lahir daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri .. maka tidak hairanlah nafsu lelaki hanya kerana untuk memikat wanita .. dan di sinilah lelaki menggunakan akalnya yang 9 untuk memikirkan pelbagai cara hanya untuk memenuhi nafsunya yang 1 iaitu memikat wanita .. nampak ?? HAHA ! tetapi bergantung kepada niat juga , ada yang guna untuk negatif dan ada yang untuk positif .. Ada 1 research yang mungkin mengejutkan para lelaki mengenai 9 akal mereka iaitu 80% daripada 9 akal mereka adalah negatif dan 20% adalah positif , HAHA ! nampak ??? tak hairan lah lelaki banyak bergelar penipu , buaya darat , perogol bersiri dan sebagainya tapi pucuk pangkalnya , HATI dan IMAN juga ..


* ianya cuma pendapat sendiri di sini , tidak ada kene mengena untuk merendahkan martabat wanita atau melindungi lelaki .. semuanya pucuk pangkal , HATI IMAN dan DIRI SENDIRI :)

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!