INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Thursday, April 7, 2011

Bukan Warna Kulit Yang Menjadi Halangan

6:55pm 7 April 2011 ...

aku baru balik kerja dekat luar dan sekarang berada di ofis .. penat tak engat , da la panas tambah-tambah pulak aku tengah demam + selsema + suara pon da macam chipsmore , kejap ade kejap takde .. So ape yang aku nak ceritakan hari ini adalah aku terkejut dan kagum melihat kerjasama + bantu membantu + tolong-menolong antara satu sama lain walaupun berlainan warganegara dan warna kulit .. Peristiwa nie berlaku semasa aku berada di sebuah kilang membuat tong minyak (international) untuk servis / repair CCTV di kilang tersebut .. Masa aku tengah servis tue , ade satu part dia loading lame , so sementara menunggu loading , aku pun kuar ke depan kilang hisap rokok ..

Tibe-tibe kecoh 1 kilang sorang pekerja bangladesh nie pengsan .. Dok tengah kecoh-kecoh tue , aku tanya kat salah sorang pekerja

Aku : "apsal nie ?"

Pekerja Bangladesh : "telefon daripada bangladesh , meninggal sudah mak dia"

Aku : " ouh ..."


Beberapa orang pekerja berlainan warganegara mengangkat pekerja yang pengsan tue naek ke bilik .. Selang 30minit , yang pengsan tadi turun tapi masih dalam keadaan trauma ditemani rakan-rakan pekerja lain sebab dia nak balik ke bangladesh secepat mungkin .. Sementara membuat beberapa prosedur oleh pihak ofis , kesemua pekerja kilang datang .. tak kiralah bangladesh , nepal , vietnam termasuk kita sendiri malaysia datang ucapkan takziah dan yang paling menyentuh jiwa aku adalah , hampir kesemua pekerja di kilang tue mengeluarkan duit sebanyak rm400 untuk di berikan kepada pekerja yang pengsan tue sebagai duit belanja .. tiket ofis da sponsor .. aku macam tersentak dan kagum melihat keperihatinan mereka walaupun berlainan warna kulit dan berlainan warganegara .. so persoalannya di sini ,

Masih ada lagi kah orang yang membuat amalan seperti itu di negara kita ?

sama-sama kita renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!