INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Monday, March 14, 2011

Pengorbanan

3 tahun yang lalu, Sarah sedang menjalankan semester terakhir dan berusaha menyelesaikan pelajarannya. Disaat itu pula, 2 minggu yang akan datang, Sarah akan dipersunting oleh seorang lelaki yang bernama Razak .

Sarah dan Razak telah bercinta selama 7 tahun. Razak merupakan teman sejak sekolah Sarah. Mereka telah kenal selama 10 tahun. Mereka berkawan selama 2tahun, sebelum menjadi kekasih. Kini mereka telah tunang dan 2 minggu lagi, mereka akan di ijab kabul kan.Entah mimpi apa semalam, tiba-tiba Sarah dikejutkan oleh suatu berita.
Entah mimpi apa semalam, tiba-tiba Ami dikejutkan oleh suatu berita.

Adiknya Sarah: Kakak , kakak. Abang Razak , Abang Razak kecelakaan ..
Sarah: Innalillahi wa inna illahi roji’un…

Ketika itu Sarah tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya yang menimpa Razak. Kemudian adiknya menyambung…

Adiknya Sarah: Abang Razak…kemalangan…dan..meninggal…
Sarah: Innalillahi wa inna illahi roji’un…

…dan Sarah pengsan ..

Setelah sedar, Sarah di bawa melihat mayat tunangannya. Sarah terperanjat dan tak dapat berkata apa-apa. Bahkan tidak ada air mata yang mengalir.

Ketika memandikan jenazahnya, Sarah terdiam. Sarah memeluk tubuh Razak yang sudah dingin dengan begitu erat dan tak mahu melepaskannya hingga orang tua Sarah meminta Sarah agar tabah menghadapi semua ini.

Setelah dikuburkan, Sarah tetap berdiam. Dia khusyuk berdoa di depan kuburan Razak.

Sudah seminggu, Sarah tak ada selera makan. Dia hanya makan sedikit. Dia pun tak banyak bercakap. Menangis pun tidak. Orang tua Sarah mula risau apabila sikap anaknya tersebut.

Ayah Sarah memarahi Sarah. Ayahnya sengaja menekan dengan kata-kata Sarah supaya ia mengeluarkan air mata. Tentu berat bagi Sarah kerana kehilangan orang yang dicintainya, tapi tidak mengeluarkan air matanya sama sekali. Rasanya seperti beban hendak Sarah keluarkan.

Setelah dimarahi oleh ayahnya, barulah Sarah menangis. Tumpahlah semua kesedihan hatinya. Setidak-tidaknya, satu beban telah berkurang.

…tiga bulan kemudian…

Peperiksaan semester akhir Sarah hampir tiba . Orang tuanya pun tidak mengharap banyak kerana sangat paham keadaan Sarah. Selama Razak meninggal, Sarah masih terus meratapi dan merasa Razak hanya pergi jauh sekejap sahaja. Nanti akan kembali juga, fikirnya.

Di dalam wajah sendunya, tiba-tiba ada seorang lelaki yang tertarik melihat Sarah. Haris namanya. Dia tertarik dengan paras Sarah yang manis dan pendiam. Haris pun cuba mencari dan menyelidik tentang Sarah dan dia mendengar kisah Sarah daripada kawan-kawan Sarah cukup lengkap.

Setelah mendapatkan pelbagai informasi tentang Sarah, dia cuba mendekati Sarah. Sarah yang hatinya sudah beku, tidak peduli akan kehadiran Haris. Beberapa kali ajakan Haris tidak ada respon oleh Sarah .

Haris pun pantang menyerah, sehingga Sarah sedikit terbuka pintu hatinya . Sarah pun mengajak Haris ke kuburan Razak. Disana Sarah meminta Haris minta izin kepada Razak untuk memberi kasih sayang kepada Sarah. Haris yang begitu menyayangi Sarah menuruti keinginan perempuan itu. Ia pun berdoa serta minta izin di hadapan kubur Razak.

Percintaan Sarah dan Haris begitu unik. Setiap kali mereka pergi keluar berdua, mereka selalu datang ke kubur Razak untuk minta izin dan memberitahu rancangan hari ini mereka akan pergi kemana. Perkara itu terus berlaku berulang-ulang. Nampaknya sampai bila pun Razak berada di hati Sarah tidak ada yang dapat menggantikannya. Tetapi Haris pun sangat mengerti perihal itu dan tetap rela bersanding disisi Sarah, walaupun sebagai orang kedua dihati Sarah.

Setahun sudah mereka bercinta. Peperiksaan Sarah sudah selesai enam bulan yang lalu dan ia lulus dengan baik. Haris pun memutuskan untuk melamar Sarah.

Sebelum melamar Sarah, Haris mengunjungi kubur Razak sendirian. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Disana dia bercerita dengan batu nisan tersebut, membacakan yasin, sekaligus minta izin untuk melamar Sarah. Setelah itu Haris pulang, dan pada malamnya dia melamar Sarah.

Sarah kelihatan tenang ketika mendengar lamaran daripada haris. Tapi di hati Sarah masih ada Razak. Sarah menceritakan bagaimana perasaannya ke Haris dan bagaimana Razak dihatinya. Haris menerima semua itu dengan lapang dada dan tenang. Baginya, Sarah adalah yang utama. Apapun keinginan Sarah, dia akan menuruti semua itu, asalkan Sarah bahagia.

Sarah pun akhirnya menerima lamaran Haris.

…beberapa bulan setelah menikah…

Di rumah yang damai, kelihatan potert perkahwinan Sarah dan Haris. Tak jauh dari foto tersebut, ada gambar perkahwiran Sarah berukuran 4R. Gambar perkahwinan biasa, namun ada yang janggal. Di gambar tersebut terpampang wajah Sarah dan Razak.

Ya, Sarah masih terus mencintai Razak dan menggantikan gambar Haris dengan wajah Razak. Gambar itupun terletak tak jauh dari gambar perkawinan Haris dan Sarah. Sekilas terlihat gambar tersebut hasil rekaan yang dibuat oleh Sarah . Namun Haris mengizinkan Sarah meletakkan gambar tersebut tak jauh daripada gambar perkawinan mereka.

Bagaimanapun Sarah tetap akan mencintai Razak sekaligus mencintai Haris, suami tercintanya. Dan Haris merupakan lelaki yang memiliki hati sejati. Baginya, cinta sejatinya adalah Sarah. Apapun yang Sarah lakukan, dia berusaha menerima semua keadaan itu. Baginya tak ada yang perlu dicemburui dari batu nisan. Ia tetap menjalankan rumah tangganya dengan sakinah, mawaddah dan warramah, hingga saat ini…

Masih adakah lelaki seperti ini sekarang ?? Kini hasil perkongsiaan Sarah dan Haris berjaya menimang dua cahaya mata .. dan tiada lagi Razak di hati Sarah ..


"Masa lalu adalah masa lalu (past), masa depan adalah masa depan (future). Tetapi masa kini adalah hadiah. Oleh karena itu disebut present. We live for today…so don’t look back."


4:45am
HP :)

1 comment:

  1. Ada ke manusia seperti haris....
    Watak spt haris mmg diperlukan. Walau hayalan tp bisa buat wanita makin menyintai lelaki...
    For me yg suka baca novel2 cinta hehe...mmg suka watak2 camni....setiap kali lpas baca, cinta ku pada "My Love" makin membara2....
    So pada yg agak2 cinta dah dindin tu baca lah novel cinta byk2.....hahaha

    ReplyDelete

Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!