INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Saturday, February 26, 2011

Career / Kerjaya

haha ! bertemu lagi kita yep yep dalam di blog HijauPurple bersama saya Ustaz Hafez Akmal .. haha ! adoi ! berat sungguh nak pikul gelaran ustaz nie sebab belum layak untuk di panggil ustaz .. INsyallah jika di izinkan berharap dapat membawa gelaran ustaz nie hingga ke akhirat .. amin ..
Oke2 , di sini aku nak ceritakan bagaimana aku seorang insan biasa seperti korang semua tapi di beri pelbagai gelaran kerana pekerjaan aku iaitu :

1 . WORKAHOLIC
- bekerja 3 kali sehari yang berlainan kerjaya
- kerja kuat , tak kawin tak tahu lah .. haha !
- ( psstt! xde calon ag nie , apa cita)


2. USTAZ ROCK
- sepertimana yang di ketahui , aku salah seorang tenaga pengajar / ustaz di Pusat
Pengajian Al-Jauhar pada sebelah malam ..
- harap-harap ALLAH SWT mengubah aku kepada jalan yang benar ..
_ aku tersentuh bila baca akhbar metro mengenai budak di Kem PLKN meninggal ketika
mengimamkan solat Zuhur .. meninggal dalam keadaan mulia .. semoga roh yang
di rahmati ALLAH SWT .. Al -Fatihah
- mohon semoga jika tiba ajal ku , tariklah nyawa ku dalam keadaan mulia

3 . PEMBANTU / DRIVER / TECHNICIAN
- aku bekerja dengan kawan papa .. sekali 3 jawatan aku kaut , haha ! pakej ..
- sebelum nie aku sekadar tolong-tolong je sebab kawan papa nie dia OKU , lumpuh
daripada lutut sehingga hujung kaki , so dia tak boleh drive dan buat kerja2
berat2 .. so daripada tolong-tolong , aku kekal kerja dengan dia dan sambil2
juga aku belajar tentang hal-hal komputer , network dan sebagainya yang
berkaitan ..
- even dia OKU tapi aku kagum sebab dia cekal mencari rezeki dengan titik peluh
dia sendiri .. rumah flat ke apartmen ke yang takde lif , dia sanggup menaiki
tangga walaupun susah dan penat bagi dia ( bertongkat )

4 . DESIGNER / PEMBANTU
- ini pekerjaan aku juz setakat tolong-tolong kalau kerja banyak contonhnya ,
printing baju , sulaman , advertising , design signboard , apa sahaja yang
berkaitan dengan grafik .. biasanya aku akan bermula kerja jam 12malam
sehinggalah subuh ..

5 . PELAKON EXTRA
- haa , ini career aku tak berharap sangat pun sebab aku bukan reti berlakon ..
tapi if rezeki aku kat situ ,ALHAMDULILLAH ..


6 . INTERNET MARKETER
- kerjaya nie di ajar oleh papa sendiri iaitu menjadi orang usahawan internet ..
kejayaan kerjaya nie aku da dapat lihat sendiri bukti kejayaan ini pada papa ..
pada mulanya aku tak berminat tapi setelah di hantar berkursus dan seminar ,
aku mula berminat dan aku mula berkecimpung dalam kerjaya ini sebab aku perlu
amik masa dua jam sahaja menjalankan kerja dan setelah selesai , cukup bulan
duit sampai tapi rezeki bergantung pada ALLAH SWT .. doa2lah supaya di permurah
kan rezeki :)

7 . Tue semua kerja-kerja yang aku dah buat dan yang bab extra tue , sekadar suka2
bolehla an .. Nampak ? bertapa workaholic nya aku nie cari rezeki , kumpul harta
, sebab aku ada dua adik kecik untuk aku tanggung .. yela aku anak sulung ,
sampai bila nak parent aku tanggung kan , kan ?? So sebagai abang , aku
bertanggung jawab .. ade jugak yang tanya , asyik keje je bila nak ade bunga ??
haha ! aku jawab senang je , tak de akar camne nak support bunga .. ahaha !
aku menjawab je ,hentam .. haha ! bab2 bunga nie , urmm .. susahlah sebab malas
nak membaja .. haha !

Saturday, February 19, 2011

Jenaka

Cerita Pertama

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Cerita Kedua

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………


Cerita Ketiga

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita Keempat

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Cerita Kelima

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Cerita Keenam

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.


Cerita Ketujuh

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Casting .. Extra .. 2

Ujian Kedua : Sesi Fotograf

Setelah 1 jam menunggu , aku di panggil untuk ujian kedua iaitu sesi Photoshot .. Haa inilah sesi paling lemah sekali bagi aku .. haha ! aku pulak reti an nk bergambar-gambar nie .. haha ! aku di beri pakaian tema HOLIDAY .. haha ! sebelum nie penah gak r photoshot tapi sekadar suka-suka je .. Mula-mula dorang yang bagi instruction untuk pose gaya yang macam mana .. aku pun tegak ikut jelah kan da orang suruh .. sampai brader tue sound " kayu lah kaw " .. aku bilas slow-slow " untunglah kayu daripada kaw kering cam ranting , " haha ! aku da macam bangang bile bergambar nie .. dalam hati aku bila la nak habis .. adoi ! untunglah aku datang sorang .. kene kawan-kawan sume datang tengok , haha ! malu aku .. sure kene bahan nya , APTB lah ..

So part kedua adalah aku kene buat pose sendiri .. hahaha ! lagi lah aku blur + bangang + kusut = BLANK .. giler ape pose sendiri .. aku tanya balik " nak pose Myspace ke Facebook ?? haha ! " .. yelah aku tak reti doe , sumpah giler tak reti .. kalau candid oke la jugak kan .. Biler photographer tue cakap " oke pose !" .. aku da start mengelabah .. macam mane nie nak pose ??? reti pulak aku kan .. last-last hentam bedal ikut suka suka kembang suka suka kecut je .. haha ! penilaian aku dapat 5 bintang je daripada 10 bintang .. haha !


Ujian Ketiga / Terakhir : Lakonan Sendiri


So kali nie aku di beri situasi dan aku kene pikirkan dan gunakan apa dialog yang sesuai dengan situasi yang dorang bagi .. So situasi yang aku dapat adalah watak sebagai seorang lelaki yang berlagak dengan paras rupa yang kacak / market .. bile dengar je situasi tue , aku terus ketawa .. haha ! dorang tanya kenapa ketawa ... aku jawab la yang aku susah nak buat watak macam tue sebab aku tak kacak , tak market so cane nak feel bawak watak macam tue an .. Dorang boleh ketawa , haha ! Then ade sorang akak nie suruh buat watak reaksi seorang awam terserempak dengan selebriti / artis .. aku da macam , hah ? tiba-tiba aku rasa penglihatan aku gelap , otak tak berfungsi dan blank lagi .. huhu ! Dorang tanya bole buat ke tak ? aku pun entahla ek .. So dorang suruh cuba .. aku pun try jela an .. haha ! sumpah macam haram , ape yang aku buat pun tak tahu .. Dorang suruh bayangkan selebriti / artis yang aku terserempak .. aku dengan blank nye , bayangkan jumpa Sabri Yunus .. ahahaha ! jalan selamat , cara dan bahasa aku gunakan ialah bahasa biasa tapi dialek pantai timur .. hahaha ! dorang ketawa je kejenya , aku yang segan .. bile dorang suruh stop , aku tarik nafas lega .. Dorang suruh amek result dekat depan then kira berapa bintang dapat .. Bile aku kuar dan amek result , aku dapat 8 bintang daripada 10 bintang untuk ujian ketiga .. haha ! so 8 + 5 + 8 = 21/30 .. dengan berbekal kan 21 dorang cakap aku layak dan bila ade job dorang akan call .. dalam hati aku , kalau call alhamdulillah tapi kalau tak call pun tak pelah sebab aku tak berapa nak harapkan sangat berlakon nie an sebab aku bukan reti pun .. ade rezeki adelah , alhamdulillah .. sebelum aku balik , dorang pun ade bagitahu yang sekarang industri hiburan memerlukan muka baru .. aku pun ye kan je .. TAMMAT

Casting .. Extra ..

9.am 19 Februari 2011

Hari nie merupakan hari pertama dalam sejarah hidup aku , iaitu Casting untuk pelakon tambahan .. Walaupun sekadar tambahan tapi aku rasa boleh datang saja-saja je kan .. Ini adalah kali ke 3 aku dapat offer dan kalau nak ikutkan sebelum nie aku minta kerja sebagai pembantu @ crew tambahan @ designer untuk bikin poster , graphic tapi malangnya jawatan itu telah penuh .. So production call aku cakap ade lagi 1 jawatan kosong iaitu pelakon tambahan .. bila aku dengar je aku terus gelak , hilang akal aku nak berlakon ,, ahaha ! so production suruh aku pergi ke tempat casting di kawasan johor bahru ..
kali pertama offer aku tak pergi dan kali kedua juga aku tak pergi .. bila da kali ketiga , aku rasa aku nak pergi .. kalau dapat alhamdulillah , tak dapat aku tak kesah sebab aku tak berharap sangat ..

So pagi tue aku sampai di depan ofis production , terkejut aku sebab engatkan aku sorang tapi rupanya ramai lagi .. so aku di minta isi borang dan menunggu ..

tunggu punya tunggu punya tunggu ..

1jam berlalu ..

aku da mengantuk .. dala sejuk .. then aku baru je nak terlelap nama aku rasa ada yang panggil " AKMAL " ... aku tersentak dan lihat kiri kanan .. dia panggil sape ? aku ke ? ouh rupanya nama aku .. mcm klaka sbb da lame tak de orang panggil aku dengan nama AKMAL .. haha ! aku di minta masuk ke satu bilik dan di uji dengan 3 ujian ..

Ujian Pertama : Dialog

Dorang bagi aku dialog dan cuba lafazkan dengan gaya mengikut situasi dialog .. aku dapat dialog watak antagonis , seorang samseng .. dialog nya


" lu apa cerita sekarang ?? duit gua mana ??? lu jangan cari pasal sama gua , ini tempat gua punya "


aku da macam , adoi ! so nak tak nak aku kenela buat kan .. tapi laen pulak dialog yang kuar daripada mulut aku ..


" lu haa apa celita sikalang nie meyh ?? itu wang gua punya mana ?? pasal jangan cari sama gua taw sikalang lu punya kaki pijak ini tempat gua meyh "


haha ! makin panjang pulak kan .. adoi ! teruk giler .. tapi dorang bagi aku 8 bintang daripada 10 bintang .. haha !


tue baru ujian pertama .. ujian kedua to be bersambung ..

Friday, February 18, 2011

L I K E

‎"It's impossible." said pride.
"It's risky." said experience.
"It's pointless." said reason.
"Give it a try." whispered the heart.


A smile is free but is worth a lot :)


Sometimes to see the light you must first go through a tunnel of darkness.


There are a lot of ways that you can start your day, but the most important way is with prayer.


~ Behind every smile there's a story ~


I'm the author of my own life. unfortunately I'm writing in pen. mistakes i make can't be erased, the only option is to turn the page and start a new chapter xD


Reputation is what you are known by. Character is who you are!


I'm fighting without knowing how to win,but i somehow still have the hope...i will survive :D


Risk everything... Regret nothing..


all good things start with a smile =]


People ask me "Do you regret doing that?" and my only answer is "No, because everything happens for a reason, and without it, I wouldn't be the how I am today."



Everything in your life happens for a reason. You may not understand why but someday you will.


Everyone has a story, we may not be able to choose the beginning or the middle but we can choose how it ends!!


Learn to accept what you cannot change


As i have read the dangers in smoking , then I've decided to stop reading .


a relationship doesn't need any promises, terms or conditions..it just need two wonderful persons "one who can trust & one who can understand"


just thought a thought, but the thought i thought wasn't the thought i thought i thought!


has so many questions in my life right now.. I wonder if Google and Yahoo ! would help :P


There are a lot people who call you by your name, but there is only ONE PERSON who can make it sound so damn SPECIAL.


good things come to those who wait. great things come to those willing to go out and make them happen! :)


Be your own beautiful lah !


Successes come with Challenges and Obstacles ..


DO not dwell on the past


i've learned that the best way to appreciate something is to be without it for a while :)


When the going gets tough the tough get going


men should think .. machines must work ..


If you were granted 3 wishes...what would they be ?


"sometimes you'll never know the true value of a moment until it becomes a memory"


Enjoy the little things in life because one day you would look back and realise that those little things were the ones that meant the most.


life is full of problems but imagine how boring it would be if everything was Always perfect?we wouldn't know the difference between good and bad...



Every night we go to Bed,without any assurance of being alive the next morning but still we set the Alarm to wake up..That's called HOPE...


Silence and smile are two powerful words. Smile is the way to solve many problems and Silence is the way to avoid many problems

Thursday, February 17, 2011

meaning behind BMW

Kat sini aku ade beberapa cerita mengenai aku dengan BMW nie .. haha ! adoi ! tapi ini hanyalah cerita dan di kongsikan sahaja ... tidak ada kene mengena dengan riak , bangga atau megah , oke :)


Cerita Pertama

Papa : " Esok pagi you must going to seminar dekat Danga Bay .. "

Aku : " Can i BMW ? "

Papa : " oke but make sure be careful .. "

Aku : " its my car papa , i know .. "

Papa : " yes i know your car but dont Bring More Women oke ! "

AKu : " BMW kan .. haha ! "


BMW = BRING MORE WOMEN


Cerita Kedua

Di sebabkan terlalu ghairah memandu BMW , haha ! biasalah budak muda macam aku kan mesti nak laju je .. Masa tue aku baru balik daripada UiTM Larkin hantar barang dekat adik aku .. ondaway tengah laju , tiba-tiba nset aku ada incoming call ..


Pakcik : " tolong pergi Plentong , amek baju kat kilang .. Kul 6 da tutup , sekarang da 530 .. segera ! "

Aku : " 15 minit jp g sampai .."


Lepas amek baju kat kilang , ondaway balik jalan jam .. aku kusut dah .. dalam pikiran aku , pakai BMW sangkut jem jugak .. kete nak mahal , bawak nak laju last-last same je sangkut dalam jem .. haha ! tapi bila jem da beransur pulih , fuh ! berdesup aku memecut laju .. hahhaha ! dan tibalah di highway Skudai .. adoi ! jem lagi .. bayangkan 3 lorong kereta semua gerak slow je .. aku di lorong kedua .. tiba-tiba , kereta macam hidup segan mati tak mahu .. "apahal nie ? janganla buat hal .. dala tengah2 nie " .. daripada lorong tengah sampailah ke lorong tepi dan kebetulan ade stesen minyak kat depan sikit .. aku decide nak berhenti kat stesen minyak , nk bukak hud depan mane tawu ade asap ke apa ke an .. yelah , aku nie bukan pandai sangat bab bab kereta apatah lagi BMW nie .. Kancil pun aku tak reti sangat nk tengok enjin , lagi lah BMW .. So dengan usaha bagi signal ke kiri di kesesakkan lalu lintas tue .. akhirnya aku sampai di stesen minyak tersebut .. aku try start tapi tak boleh jugak .. aku cuba lagi sampailah kali ketiga , aku baca Bismillah bila nak start .. tapi sayang aku hanya sempat sebut Bismi je dan terus aku sebut Asthgafirullah .. haha ! baru aku teringat tokey kedai BMW tue ckp

(flashback)

Towkey : " ini BMW taw bukan kereta Malaysia taw .. so ini nya pun meter minyak sesekali jangan bagi merah itu kuar sebab dia kancil , viva bukan itu macam punya , merah nyala boleh jalan lagi meyh .. ini BMW kene minyak nye pun isi sharp sebelum lampu menyalakan dirinya pun taw .. "


haha ! aku rasa macam , adoi ! ntahla ek .. haha ! minyak abis rupenya .. patutlah nyala merah .. haha !


BMW - BE MORE WARE




Cerita Ketiga
.

Suatu hari Ahmad dalam perjalanan menuju ke rumah zaiton , hari ini adalah dating pertama mereka kerana sebelum ini mereka banyak menghabiskan masa di berbual bersama-sama hanya di laman sosial , telefon dan sms .. dengan bermodalkan BMW maka berdesup laju di jalan raya .. di tepi jalan seorang budak melihat kehebatan BMW milik Ahmad yang laju itu .. " untunglah pakai BMW " kata budak itu .. Setelah 15minit memandu , maka tibalah Ahmad di hadapan rumah zaiton .. Mak zaiton mengintai di tingkap dan menjerit terkejut .." untunglah menantu aku orang kaya " .. tapi zaiton tidak memberi sebarang reaksi langsung bila terpandang BMW .. Di dalam hati zaiton , " bergaya dengan BMW , entah entah selalu Bring More Women ke sana ke sini agaknya " .. Maka mereka berdua bergeraklah menuju ke sebuah restoran untuk berdating dan sesi suai kenal , huhu ! Dengan rasa sopan dan Be More Ware Ahmad memandu tanpa rasa kekok dan tidak laju .. yelah , bawa anak orangkan .. bukannya bawak binatang .. Setibanya di restoran , dengan suasana romantik dan segala makanan dan minuman telah terhidang di atas meja .. Mereka duduk ,, berbporak sambil menjamu selera .. sehingga lah


Ahmad : " BMW ? "

Zaiton : " BMW ape ? kereta awk tue ? sye dah agak mesti awak bangga bukan dengan kereta awak tue .. Maaflah sye bukan jenis memandang harta ..

Ahmad : " bukan itu yang sye maksudkn "

Zaiton : " so awak nk cakap sye mata duitan Bila Lihat Wang .. "

Ahmad : " not but Be My Woman ?? "

Zaiton : ( pengsan ! )

Tuesday, February 15, 2011

Fall in Lurve With Ruby

Last nite aku tengah-tengah dop sebuk online fb .. aku terbukak la 1 page nie an .. actly aku da lama dop intai page nie .. so bila tengok sekali aku pikir , susah la nak dapat .. beli apatah lagi .. sekarang sume da naik harga , beras , minyak , kos sara hidup , lagi lagi hantaran kahwin .. giler lah ! .. setelah lama di amati , aku pun if pikir if aku usaha , doa maybe aku boleh dapat apatah lagi dengan izin ALLAH SWT .. tapi masalahnya macam tak pe ke ruby nie ??? oke ke ?? aku layak ke ?? peluang untuk dapatkan tue mungkin ada tapi kene usaha lebih la kalau betol-betol nak dapatkan nya kan .. aku try tengok photo , lawa giler kowt .. tapi aku da lama survey kot cuma belum ade rezeki lagi kan .. hari-hari aku survey cuma sejak-sejak nie minat aku macam da melimpah ruah .. tak kenal maka tak cinta , hahaha ! aku rasa aku da minat habis la lah .. dapat konkom aku jaga baik nye , belai , memang macam isteri lah aku jaga .. haha ! angan2 tinggi ..










nampak ?? lawakan .. sure mahalnye lah .. ada rezeki lebih , aku nak beli buat cincin kahwin ke , wt cincin pakai sendiri ke .. orang panggil nie ruby .. ruby nie macam permata , delima la .. so bagi aku ruby nie memang cantik r .. jatuh ati aku ..haha ! aku pun pelik asal .. so aku rasa dengan nekad baru , aku teruskan niat aku untuk ade ruby nie .. doa doa la ye :)

Sunday, February 13, 2011

Usahawan Muda

Tepat jam 645pagi , 13 Feb 2011 .. aku bangon daripada tidur menuju ke bilik air , mandy , sabun , syampo , wuduk , lap badan , lap rambut , pakai boxer , pakai kain pelekat , baju melayu , hampar sejadah dan solat subuh .. Setelah selesai aku segera mengenekan tee kolar putih polo , seluar levis rantau panjang , gatsby di rambut dan mengambil beg duit Bodyglove dan hanset 2 di masukkn dalam poket suar mengikut kesesuain dan keselesaan masing-masing .. haha ! ouh sebelum terlupa , aku ade call sorang mamat nie suh kejut dia yang aku ajak pegi seminar tapi tak bangon-bangon .. tidoq mati kot .. so aku panaskan enjin keretera ku .. setelah selesai 5 minit , aku drive menuju ke Taman Cempaka untuk pick up kawan aku 3orang .. Lepas pick up dorang , aku drive menuju ke Bangunan Iskandar Investmant di Danga Bay untuk menghadiri kursus dengan semangat pagi yang berkobar-kobar .. Setelah sampai , kami mencari-cari di mana pejabatnya @ ofis @ dewan @ bilik seminarnya .. Dekat 15minit tak jumpa , aku call papa .. Truut ... Truutt ..


aku : askum .. kat mana tempatnya pa ?? xjumpa pun

papa : ade kt tengah2 betol2 belakang iskandar investment .. ade tangga then naik atas

aku : tapi berkunci ..

papa : cuba call pengerusi


Truutt ... truutt ...

aku : selamat pagi askm

pengerusi : ye selamat pagi , wslm .. ade yang bole sye bantu ?

aku : ye kene bantu , di mana tempat seminar keusahawanan pagi nie

pengerusi : maaf la cik , kami tak buat pagi ..

aku : tp sye dpt info mengatakan 800am @ 230pm

pengerusi : encik silp tengok kot .. yang ade 230pm dan 800pm

aku : macam tue ye ?? oke trimas



So aku check balik mesej yang aku terima daripada organizer , hah ??

haha ! pukul 230pm strt .. adoi ! penat bangon pagi .. adoi ! adoi ! macam mana boleh salah tengok nie .. huhu ! so aku dengan kawan2 decide pergi sarapan pagi berdekatan hospital .. kami berborak-bual sambil bersarapan .. then kitaorg lepak rumah kawan aku di taman cempaka .. aku decide nak tido tapi tak boleh gayanya .. dorang ajak maen kad .. aku pun join jela .. ustaz maen kad . adoi ! teruk ! tp tak maaen duit .. HARAM taw .. hehe ! asyik leka bermain , sedar-sedar sudh pukul 120pm .. kami decide untuk pergi makan di ORANGE KAFE , makan nasi kerabu .. fuh samok ! sedap ! terbaek dari ladang dia habaq hang . hahaha !

power giler .. lepas makan kami meneruskan perjalanan ke tempat seminar .. dan apabila tiba di tempat seminar , kami menaiki tangga ke tingkat 2 , daftar dan duduk sehingga penceramah tiba .. Penceramah merupakan anak kepada KETUA POLIS NEGERI JOHOR dan di kenali sebagai internet marketer .. ceramah dia memang best cuma aku je yg jadikan tak best sebab mengantuk .. yela da kenyang kan katakan ,hahaha ! kene pak aircond ,, haha ! ble da berejam dalam seminar , aku da tak boleh tahan dah .. nak kene pegy tandas , basuh muka ke , kalau untung dapat mandy , hahaha ! bile aku bangun je then toleh belakang , aku nampak bapak aku .. ape lagi terus segar aku , terus duduk balik then fokus pandang depan sampailah habis seminar , hahaha ! teruk giler .. tapi seminar dy memang tip top 1st class .. dia anak murid kepada Ewen Chia iaitu saudagar internet pertama dan tersohor di dunia num 1 ..

so aku pun nk jadi macam dia gak .. yelah kn zaman makin maju , dunia makin berteknologi , kos hidup makin tinggi .. mane nk tanggung diri , nk kawin lagi , kete , rumah , so aku kene;lah berusaha lebih ..

doakn ya :)

Saturday, February 12, 2011

Loghat Ganu

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong.. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

HA HA HA..


(Gjie Budak Sepet)

Red Warriors rampas takhta liga


Image © D5 Sports
Tonggak Kelantan, Norshahrul idlan talaha (kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron




KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kelantan merampas tempat teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan setelah membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menghasilkan gol menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada mint ke-22, Nurshahrul Idlan Talaha (minit ke-71), Mohd Nizad Ayub (minit ke-78) dan gol sendiri oleh pemain Johor FC Mohd Ridwan Mao'n pada minit ke-50.

Sebelum itu Mohd Ridwan turut menyumbang gol sagu hati untuk Johor FC pada minit ke-25.

Dengan kemenangan malam ini, Red Warriors kini mengumpul tujuh mata selepas
tiga perlawanan.

Sumbangan : Astro Nadi Arena

Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul




15 Feb 2011 Kita sebagai umat Islam di atas muka bumi akan menyambut Maulidur Rasul di seluruh dunia .. Ini sebagai peringatan dan junjungan kita kepada Rasulullah SAW .. Aku masih engat lagi masa kecik-kecik ikut program berjalan sambil berzikir dan memegang sepanduk menyambut Maulidur Rasul anjuran sekolah .. Pengalaman memang best cuma aku masih terengat lagi semasa darjah 5 tak silap aku something yang agak kelakar jugak lah.. Semua sedang sibuk berzikir sambil berjalan dan aku adalah orang yang paling depan kerana memegang sepanduk .. So hendak di jadikan cerita semasa kita orang semua tengah berjalan , aku yang bahagian depan nie dengar bunyi anjing , beselah berarak lalu depan rumah orang , tak kiralah apa bangsa pun .. Bila aku dengar bunyi anjing aku buat relax je , dalam hati kompom anjing dalam pagar kene ikat .. tapi rupanya sangkaan aku meleset .. bila tiba je sampai depan 1 rumah cina nie , 1 lembaga besar melompat daripada dalam pagar ke luar pagar .. kebetulan terdengar suara tuan anjing menjerit suruh kami lari .. aku yang depan sekali nie terkejut , campak sepanduk dekat anjing tue .. aku jerit ANJING ! LARI ! .. fuh ! bertempiaran aku lari .. selipar kiri kemana , selipar kanan kemana , aku kemana .. haha ! semua lintang pukang .. haha ! kelakar .. Rupa-rupanya tuan anjing tue lupa nak ikat anjing dia ..

adoi ! tak boleh blah ..

so pada tahun 2011 , aku akan menyambut Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru .. bersama-samalah kita mengingati dan mengikuti sedikit sebanyak cara RASULULLAH SAW ..

Thursday, February 10, 2011

Mengenal Diri Sendiri

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..


selamat mencuba

-------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah hasil yang aku cuba

27 03 1990

2 + 7 = 9
Maka kotak pertama adalah 9..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 7 + 0 + 3 + 1 + 9 + 9 + 0 = 31
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
3 + 1 = 4
Maka kotak kedua adalah 4..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
9 + 4 = 13
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 3 = 4
Maka kotak ketiga ialah 4..

hasilnya

9.Glamour
4.Rajin
4.Rajin


p/s

rajin tue bole la di terima akal tapi glamour tue yang aku tak tahan .. haha ! aku rasa bukan bole di terima akal lagi nie tapi hilang akal adelah .. adoi ! aku glamour ? hahaha ! tak sanggup glamour ..

Ustaz Rock : Valentine's Day

Assalamualaikum ..

Bertemu kita kembali dalam ceramah agama bersama saya yang di gelar sebagai USTAZ ROCK yep , dan tajuk pada kali ini adalah Menyambut Valentine's Day .. Sebelum saya memulakan ceramah atau pendapat di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa zaman sekolah dulu mengenai Valentine's Day ..

Semasa di zaman sekolah saya masih engat lagi ada segelintir pelajar yang menyambut hari valentine dan mereka siap membeli bunga dan macam-macam hadiah untuk di berikan kepada kekasih @ kawan @ sesiapa yang mereka sayang .. Tidak terkecuali juga saya terbabit tetapi saya tidak menyambutnya cuma dapat bunga , kad dan coklat feveret saya iaitu Cadbury Black Forest .. Seorang perempuan yang memberikan pada saya tapi masa itu saya memang tidak suka akan valentine day , yela kita orang Islam kan , amat di larang menyambutnya dengan erti kata lain , HARAM .. So hendak di jadikan cerita , saya telah membuang kesemuanya di dalam tong sampah di depan mata perempuan tersebut .. Maka beralir lah air mata dia .. Saya berkata padanya

Saya : " walaupun saya bukanlah di kalangan orang yang baik2 , alim tapi setidak2nya sedikit sebanyak saya masih engat akan larangan dan tegahan agama .. "

Dia : " kalau tak suka janganlah buang macam tue ! "

Saya : " maaflah tapi saya akan amek balik walaupun ianya dalam tong sampah , biarlah awak nak cakap saya nie ludah jilat balik yang penting niat awak nak bagi adalah ikhlas dan bukannya atas sebab valentine's day .. saya akan anggap ianya hadiah ats dasar persahabatan "

Dia : " baiklah , maafkan saya .. tapi awak tetap jahat sebab buang macam tue je , depan saya pulak tue .. "


Begitulah ceritanya ,, huhu ! jahat bukan ? hehe ! okelah , berbalik kepada ceramah kita .. ( wah ! skema betol ayat aku .. haha ! )


Pada pendapat saya manusia pada zaman sekarang masih tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang hanya tahu apabila tibanya Valentine , masing-masing sibuk buat kad ucapan, luahan kata-kata cinta, saling bertukar-tukar hadiah antara kekasih dan sebagainya .. tapi tahukah anda tanpa latar belakang valentine ini ?? sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu .. Ada beberapa maklumat dan pendapat saya sendiri yang saya search dan ingin kongsikan bersama anda semua ye :)


Dari sini dapat saya simpulkan bahawa masa dan saat ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau pengaruh yang negatif dalam usaha untuk merosakkan ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat yang mengamalkan gaya hidup bebas serta bersosial tanpa batasan.

Mari kita renungkan firman Allah :
“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”. [QS.Al-Israa’ (17) : 36)

Ayat di atas jelas mengatakan bahawa jika kita mengikuti sesuatu yang kita tak tahu asal usulnya, maka anggota kita akan dipertanggungjawabkan. Masa kecil dulu, umi saya selalu cerita, di hari perhitungan, mulut kita akan ditutup dan anggota kitalah yang akan menjawab semua soalan. Sebagai contoh kaki kita akan ditanya kemana kita melangkah, tangan akan ditanya apa yang kita ambil bukan hak kita dan seterusnya.


Kembali kita kepada Hari Valentine. Dengan mengucapakan “selamat hari Valentine” atau “happy valentine’s day” boleh mengakibatkan seseorang terjerumus dalam kesyirikan dan kemaksiatan kepada Tuan Empunya Dunia, Allah S.W.T


Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum mengetahui makna valentine. ”Valentine” sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang berarti: “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, Tuhan orang Romawi. (Dari berbagai sumber)

Oleh itu, tanpa kita sedari atau tidak, jika kita meminta orang menjadi “To Be My Valentine (Jadilah valentine-ku)”, bererti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala.

Itu baru mengenai ucapan, belum masuk menyambut atau meraikan. Bagi meraikan Valentine sama ertinya meniru-niru Orang Kafir


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [hal. 1/269] mengatakan bahawa sanad hadits ini jayid/bagus/sahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269).

Jadi, menurut hadis di atas, maka jelaslah bahawa menghadiri perayaan orang kafir bukanlah ciri-ciri orang yang beriman.


Allah SWT berfirman yang bermaksud :


“Dan orang-orang yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” [QS. Al-Furqaan (25) : 72]


Jelas bahawa hari Valentine adalah perayaan paganisme yang diadaptasi menjadi ritual agama Nasrani yang mereka masih mengamalkan sehingga ke zaman ini. Merayakannya adalah sama erti telah meniru mereka.


Valentine juga jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja untuk merosakkan akidah terutama dikalangan remaja Islam. Oleh kerana itulah, tidak salah jika kita berpegang kepada akal rasional manusia, TETAPI jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ianya perlu ditolak.

Firman Allah : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. [QS.Al Baqarah (2) : 120]

Firman ALLAH : “Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan ALLAH, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebagian apa yang telah diturunkan ALLAH kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan ALLAH), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Dan sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. [QS.Al-Maa'idah (5) : 49].

Firman ALLAH : “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. [QS.Al-Kafirun (109) : 6].

Firman ALLAH : “Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi’. [QS.Aali-‘Imraan (3) : 85]


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)


Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayah-NYA dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajaran-NYA.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah Swt kita dapat berjumpa dengan para Nabi mulai dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad Saw. (InsyaAllah)

Firman Allah :
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para siddiq (benar imannya), syuhada, solihin (orang-orang solih), mereka itulah sebaik-baik teman”. [QS.An-Nisaa’ (4) : 69]
Semoga Allah membimbing kita semua dan menjaga kita di jalan yang lurus …

http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/02/valentina-hari-kekasih-vs-hari-dosa.html


Pesanan dan Pendapat :

Ahmad Nabil Ahmad : Lu Pikir Lah Sendiri

Ustaz Izzy (HOT.FM) : Renung-renungkan Dan Selamat Beramal

Ustaz Rock : Think Cook-cook , and Think LOng .. :P

Wednesday, February 9, 2011

LELAKI


ANTARA EGO DAN TANGGUNGJAWAB


Perbezaan jantina antara lelaki dan wanita disebabkan oleh perbezaan fisiologi , biologi , psikologi diiktiraf oleh Islam dan sebab itulah Islam membezakan tanggungjawab dan tugas antara lelaki dan wanita .. Dalam soal kepimpinan keluarga dan masyarakat serta negara Islam memang lelaki bertanggungjawab dan walaupun wanita tidak diberikan tanggujawab ini bukan bermakna wanita tidak diberikan peranan dalam keluarga , masyarakat dan Negara ..

Sebagai contoh wanita adalah pengurus rumahtangga dan harus menjadi isteri yang baik dan bertanggungjawab.. dan haruslah bersyukur kerana tidak di bebankan dengan solat Jumaat ,berjihad , solat berjemaah dan mencari nafkah hanya perlu taat kepada suaminya dan taat kepada ALLAH SWT ..

Lelaki pula segala tugas dan tanggungjaab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT kepada mereka apakah sudah ditunaikan..Dan beberapa hadis RASULULLAH SAW bersabda :

-" Sebaik-baik kamu adalah orang yang berbbuat baik kepada istertinya"
-" Muka yang memukul wanita adalah yang memukul wanita adalah orang bukan sebaik- baiknya "

Lelaki tidak boleh merasa hebat hanya kerana tanggungjawab yang diberikan hanya kerana tanggungjawab yang diberikan kepadanya dan tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut secara sepenuhnya .. Dalam soal kepimpinan ramai lelaki menjadi pemimpin tetapi berapa ramai yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh kempimpinan ?????
Sekarang ramai ini ramai lelaki menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan industri tetapi berapa ramai yang benar-benar jujur dalam urusan perniagaan ini atau misalnya kita lihat hari ini ramai yang ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan ..

Kepada mereka yang bernama lelaki :

1.jangan dayus
2.behave
3.setia kepada isteri anda ,
4.jagalah masjid yang anda bina ..
5.jika ingin mendirikan " masjid baru 4 tingkat " maka hendaklah meminta izin degan isterinya
6.sayangilah isteri anda / teman wanita anda sepenuh hati :)

Tissue Perfect Mate

Di suatu malam , terdapat da orang rakan sedang sibuk makan di sebuah KEDAI MAKAN HAWA tanpa hawa dingin .. jam menunjukkan tepat pukul 10.30malam .. Mereka berdua makan " COLEK PERUT " sejenis makanan tradisional yang terdapat di Kelantan Darul Naim .. Si A sedang sibuk makan , dah pinggan yang ke empat manakala Si B hanya 1 pinggan .. Mereka berbual-bual + makan + tengok bola .. Setelah si B selesai makan , air teh o suam di teguk nya dan mengambil sebatang rokok lalu di bakar nya , Fuhhh ! asap sempoi-semput berebut-berebut keluar daripada mulutnya ..

Si A masih lagi busy mengadap makanannya .. Setelah selesai si A bersuara :

" kak , minta tisu .. "

Maka si kak nie pergi mengambil tisu di atas sebuah meja yang ada customer .. dan memberikan tisu kepada si A .. Semasa si A hendak mengelap mulut , matanya terbeliak besaq kerana ternampak sesuatu biru di atas tisu .. uih ! num telefon ?? sape pulak yang letak nie .. banyak kemungkinan besar ..

1.kak tue yang tulis
2.customer tue yang tulis
3.customer tue yang tulis untuk orang lain atau menyalin daripada mana tapi kak tue terambil tisu tersebut (salah amek)
4.customer tue tulis dan di suruh berikan kepada si A & si B
5.customer tue tulis dan di suruh berikan kepada si atau si B
6.kak tue menulis num pemandu lori air batu untuk memesan air batu ??


Si A cuba melihat menoleh ke arah meja di mana tisu tersebut di ambil

" HAH ! G.A.D.I.S'S .. ramainya .. genya nya .. ( gedik kot mksdnye .. xtwu .. hehe ! ) "

dengan perlahan Si A meletakkan tisu tersebut di atas meja dan


Si A :" nah ! tisu nie .. amek r "

Si B :" terima ka .. eh ade num telefon ?? "

Si A :" rezeki kaw la tue .. oke ape .. Kak kira ye .. "







Si A :)

Daripada Katil Ke Langit

Fezah mengambil bantal dan baring sambil sambil memegang 1 gambar yang di temui nya semasa mengemas biliknya petang tadi .. Tiba-tiba terasa sesuatu yang kurang selesa hadir di dalam dirinya .. terasa seperti perasaan hiba dan seolah-olah cuba hendak melepaskannya dengan menjerit tapi sayang di sebabkan dia duduk bersama keluarga dan jam pula sudah menunjukkan pukul 2pagi , mahu kene maki menjerit malam-malam .. apa yang mampu hanyalah di lepaskan melalui air mata .. "dari air mataku yang jernih"
(background music)


Setelah setengah jam memandang gambar tersebut , Fezah cuba menyelongkar dan menggeledah kembali bilik , almari dan segala apa sahaja dengan harapan dapat menemui gambar-gambar laen .. tapi sayang , dia tidak menjumpai nya dan tiba-tiba tersedar yang dia ade menyimpan kesemua gambar tersebut dalam 1 album yang di letakkan nya di rak television .. di dalam hatinya berkata " penat je aku selongkar , abes sepah .. adoi ! " .. Fezah ke ruang tamu dan mengambil album tersebut .. Di dalam hati dia menangis dan kedengaran " jangan pisahkan aku dan dia " sebagai lagu background dia membuka tingkap sambil melihat album tersebut .. semasa melihat album di hadapan tingkap yang terbuka dan di temani background music , tiba-tiba Fezah ketawa , " haha ! haram jadahnya mana yang menyanyi malam2 buta nie .. tak sedap langsung " ..


Tiba-tiba angin sejuk sepoi-sempoi language meresap ke tubuh Fezah .. jeng jeng jeng ! (flash back)

1minit


3minit


10minit


15 minit




" Maafkan saya sejak kebelakangan ini .. saya mengakui anda adalah hal yang terbaik dalam hidup saya, tetapi anda juga adalah hal yang terbesar tentang dalam hidup saya .. mungkin silap saya kerana terlalu leka untuk mengusahakan ' benih yang saya tanam untuk menjadikan ianya sebuah ladang ' .. anda tidak perlu meminta maaf kerana saya sudah lama memaafkan .. selamanya tidak ada orang lain yang boleh melakukannya lebih baik daripada apa yang awak lakukan menjadi yang terbaik untuk saya , saya hargai ..

Tuesday, February 8, 2011

Uberseksual ??

Akhirnya , aku telah Google apakah maksud UBERSEKSUAL sebab ada orang panggil aku " LELAKI UBERSEKSUAL " .. aku macam tak percaya je maksud Uberseksual nie , haha ! mari kita baca bersama-sama :)



Uberseksual
Mereka menjaga kebersihan diri namun ia bukan pekara utama.Lelaki uberseksual tidak sangup berabis semata-mata mahu menjaga kesihatan kulit dan kuku.Bagi mereka.banyak lagi pekara lain yang penting terutama dari soal kerjaya dan mencari wang.
Jangan cakap mengenai produk kesihatan kulit dan tubuh kepada jejaka uberseksual.Mereka tidak pernah gairah untuk mendapatkan kulit yang licin bak sutera,bagi mereka,lelaki adalah tetap lelaki dan lelaki harus kelihatan seperti lelaki.
Kediaman mereka tetap kemas namun ia akan nampak seperti kediaman bujang.Mereka tidak terpernah terfikir untuk membeli bunga hiasan atau berganti langsir.Cukup sahaja kelihatan kemas dan perabot tersusun dengan baik.
Mereka akan pakai apa sahaja yang disukai dan tidak pernah mengambil tahu mengenai trend terkini dengan membeli bahan rujukan .Gaya lelaki uberseksual ialah mereka akan mendapat gaya dari meranatau atau melihat penampilan lelaki lain,Mana yang berkenan dihati itulah bahan rujukan mereka.
Layan terhadap wanita tetap baik namun cara layanan mereka berbeza dengan kawan lelaki.Lelaki uberseksual akan melayan wanita sebagai seorang wanita dan mempunyai perbezaan dengan cara layanan kawan lelaki mereka.


Sumbangan - Majalah Maskulin

Monday, February 7, 2011

Pagi Yang Gelap

" When she left , hope she being well " .. kedengaran bunyi alarm handset aku memekak .. argh ! aku bingkas bangon dan capai handset di atas meja ..


Aku : " hah ! 6.30 dh ? alamak ! aku da lambat .. mampuslah ! "


aku segera ambil tuala dengan selipas kudungnya aku berlari menuju ke destinasi : bilik air .. Selesai mandi dan berwuduk .. aku berlari menuju ke bilik dan sempat menjerit ke arah bilik mama " Mama ! tolong gosokkan baju abang .. dah lambat nie ! "
aku masuk dalam bilik , mengenakan tee putih dan berkain pelekat lalu bentangkan sejadah solat subuh .. Lepas je selesai solat subuh aku keluar daripada bilik .. aku tengok mama kat ruang tamu dengan muka berkerut di dahi 18 lapis .. aku tanya kat mama


Aku : " Mama , baju abang mana ?? da siap gosok ? "


Mama : " Baju mana ? nak pergi mana pagi-pagi nie ? "


Dengan slumber dan over confident nya aku menjawab


Aku : " Apelah mama nie .. Macam biasalah ma .. Sabtu cuti setengah hari , ahad holiday .. hari nie kan hari isnan .. nak pegi mana lagi , S.E.K.O.L.A.H la ma .. adoi ! "


Tiba-tiba mama ketawa .. aku mula hairan ..


Mama : " buang tebiat nak pegi sekolah .. abang dah 21 tahun , mane ade sekolah .. "


Aku : " eh ! yeke ?? bukan sekolah ea ? hahaha ! adoi ! malu .. "


Dengan lintang pukang kudung kaki kiri lipas aku berlari masuk ke dalam bilik sambil menjerit

Malunya aku !

Tuesday, February 1, 2011

Wanna Be Success ??

here there is little knowledge about how to succeed in life ..

1 . http://www.mrsuccess.blogspot.com
- make a profit online use keyword -

2. http://www.hafizfx.blogspot.com
- how to learn and make a profit with FOREX
-

3.http://www.holiday-travel-insurances.blogspot.com
-
how to get cheap travel insurance -
- why u need travel insurance -

4.http://www.darwisy.ws
- Learn how easy and tips to get thousands of customers, getting prospects, and generate thousands of dollars into your pocket and began to build his own business empire in a flash ..... -
Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!