INI BUKAN AHLI MLM !

Diri Sendiri

My photo
Feels the wind of change is finally blowing in his direction...happier times ahead !!! .. Behave and Benice

Monday, January 31, 2011

bring more women

aku memang suka statement " bring more women " .. sebab memang kenela dan sepadan aku dengan statement tue .. aku tahu kadang-kadang orang akan cakap aku nie hilang akal dan tak percaya bila aku suka bring more women .. tapi bagi aku korang kene percaya sebab aku memang suka bring more women nie dah lame dah .. daripada dulu lagi aku angan-angan nak bring more women tapi bukan playboy oke .. dan beberapa hari lepas , hahaha ! aku telah berjalan-jalan dengan bring more women ke hulur ke hilir .. sampaikan aku bawak balik ke kampug aku , Kelantan .. jauh tak jauh la kan , tapi nak buat macam mana , aku sayang dan ini yang aku dah lama idamkan .. haha ! i lurve bring more women .. haha ! sekarang segalanya menjadi nyata .. kat kampung sekarang nie , aku bawak jalan-jalan pusing-pusing kampung , kota bharu dan banyak tempat lagi lah .. nak bagi biasakan sebab lepas-lepas nie aku akan bawak balek kampung lagi .. family aku ? hahaha ! korang paham-paham jela kan .. family aku tak boleh nak marah sebab daripada dulu lagi memang aku suka bring more women .. dan di dalam blog aku nie , aku ade sekeping pic di mana bukti aku suka bring more women di kini ia telah bersama aku di mana-mana sahaja dan telah menetap bersama-sama aku di rumah .. setiap hari aku belai , setiap hari aku mandikan , aku syampo kan , aku gosok daripada atas ke bawah , dalam dan luar dan segalanya aku lakukan atas dasar sayang dan penuh keikhlasan .. setiap malam sebelum tidur aku akan selimutkan .. i lurve



B.M.W
Bring More Women



hehe ! like i said , i lurve BMW .. now i already have it :)

Berdekak - Dekak !

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.


---- sumbangan: tori


Berita Baik

"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.


Sejarah Orang Tak Tau

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.


---- sumbangan: Aziz

Sunday, January 30, 2011

Kedai Roti



Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

KANTOI



Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada
suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
* Isteri : ????!!!!!
* Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!


The Secret of Success

There was once a boy who wanted to seek the secret of success. One day he approached a wise man living up in the mountain. When he found the wise man at the hut, he asked, “Wise man, can you tell me the secret to becoming successful in life?” The wise man was silent for a while. After a moment of silence, the wise man led the young lad to a nearby river. They kept walking into the river until the boy’s head was fully submerged in the water. The boy struggled to keep his head above the water. To his astonishment, the wise man did not help him. Instead, the wise man held the boy’s head in the water. After a few minutes the wise man pulled the boy out of the water and they proceeded to walk back to the hut. At the hut the wise man asked the young boy what he desired most when his head was submerged in water. To this the young boy quickly responded, “Of course, I wanted to breathe, you old fool!” To which the wise man replied, “Son, if you desire success as much as you wanted to breathe, then you would have found the true secret of success.”


SUCCESS PRINCIPLES

Success is a matter of choice. If we have enough strong reasons, there is nothing that we cannot do. Once we have the reasons to do something, we will surely find the ways to do it. A mere wish would not make things happen. It is a burning desire, turned into an obsession that will generate the energy to bring you to achieve any goal that you may desire.

MOTIVATIONAL QUOTE

"Not the maker of plans and promises, but rather the one who offers faithful service in small matters. This is the person who is most likely to achieve what is good and lasting."



- The Cappuccino & Success Book -

Saturday, January 29, 2011

Tanah dan Masjid

Assalamualaikum ..

haha ! ini dia yep yep .. ceramah kali ini bertajuk apa ?? LAMBAT !! kan dah ada kat atas , TANAH dan MASJID .. Bersama saya Hafez Akmal di blog hijaupurple.blogspot.com .. haha !

Bermula daripada satu malam sebelum aku nak tidur tapi da berjenuh aku pejam tapi tak jugak jugak tidur , walaupun aku tahu aku tak tidur tapi orang akan cakap aku tidur , kurang ajar beb ! , hahaha ! .. adoi ! dala nak bangon pagi pergi keje , jam da pukul 630pagi .. Biasanya sebelum tidur aku akan baca buku bertajuk CAPPUCINO AND SUCCESS yang banyak memberi aku inspirasi ye , bukan inspira kereta proton yang baru tue ooke .. Di sebabkan aku da khatam buku tue , aku tak tahu nak baca buku apa lagi supaya aku dapat terlelap .. So aku decide pergi geledah rak buku aku , last2 aku terjumpa buku bertajuk KELUARGA .. Sedang aku belek-belek buku tue sambil mendengar lagu Kau Kunci Hatiku - Ramlah Ram , haha ! aku terjumpa 1 tajuk besar dalam buku tue iaitu LELAKI DAN WANITA .. So apa kene mengena dengan Tanah dan Masjid kan ? Aku baca satu part nie lebih kurang luahan daripada seorang lelaki kerana di tinggalkan tunang nya kerana mengikuti lelaki lain .. So adelah pendapat seorang nie dia cakap


"Apa susah sangat , dia lari biarlah dia mungkin jodoh dia tapi kalau bukan jodoh balasan la dia dapat .. Sekarang kan zaman dah kehadapan , TANAH makin terlalu banyak cuma belum didirikan MASJID lagi .. Cari TANAH yang kamu kau suka dan semaikan lah elok-elok untuk di jadikan tapak , barulah MASJID kukuh "


Aku macam pelik + blur sekejap .. ape kene mengena tunang lari dengan tanah , masjid sume nie .. banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku

1. tunang dia lari tak cukup tanah ?
2. tunang dia lari pijak tanah ikut tepi masjid ?
3. tunang dia lari then terjatuh atas tanah dalam kawasan masjid ?
4. tunang dia bawak lari tanah masjid ? pastu pak imam dengan tok bilal kejar ? haha ! tak de kene mengena
5. tunang dia lari ikut budak asalnya daripada MASJID TANAH , MELAKA ?
6. migrin !

So adelah detail nya lagi .. TANAH yang di maksudkan adalah WANITA dan MASJID adalah PERKAHWINAN @ PERHUBUNGAN .. Maksudnya seperti yang kita ketahui ye , di akhir zaman ( zaman kita sekarang ) dan dalam AL-QURAN ada menyebut , Kaum Wanita Akan Melebihi Daripada Kaum Lelaki .. So aku baru paham yang zaman sekarang sememangnya kaum wanita lebih ramai daripada lelaki .. Memang tidak di nafikan lah dan betul juga apa yang di katakan " TANAH makin terlalu banyak cuma belum didirikan MASJID lagi " .. tapi sekurang-kurang nya kita perlu berusaha menegakkan tiang Masjid tersebut agar tidak roboh dengan apa cara sekali pun yep yep .. Takkanlah bila da roboh tiba-tiba esok lusa ada TANAH baru .. tue bukan jodoh tapi gelojoh ! haha ! Relax sudah , tanah ada di mana-mana cuma perlu cari yang betul-betul boleh bagikan hasil dan kukuh dan mampat untuk didirikan MASJID .. tapi macam mana dengan berkahwin empat ?? ini bermakna MASJID EMPAT TINGKAT la kan :P




haha ! adoi ! aku pun tak pernah terpikir tentang nak cari TANAH baru sebab kawasan uma aku sumenya da simen .. tue pun nk buat kolam ikan .. haha !

(artikel ini hanyalah sebagai bahan umum , tiada niat untuk menyindirkan @ mengAIBkan sesiapa kerana saya USTAZ ROCK ye ! haha ! jadi tak baik dajalkan orang laen )

Wednesday, January 26, 2011

from GRAPE to BLUEBERRY

although we are now silent, but I have never forgotten you but I always remember you .. yes I know this since I was busy working late but I have reasons why I'm always working. remember you once again want to say happiness without any problem but we are often in lye problem. I was busy working alone I want to meet their promises on you .. I know the one I stayed and did not contact you. I was wrong and I'm sorry .. I always longed for and I do not deny that I still love you as before and has never changed .. sorry if I'm not perfect in the eyes of you .. but I want you to know that you're always in my heart even though the weight I want to express my feelings but that to you .. we already knew a long time "from PURPLE to BLUE" but unfortunately I still do not change "..

and for your knowledge, I do not go back to the golden age of me but I want to find and learn new life just for us in the future .. although I know, if there is a match for our soul mate .. thank you because before this was shining on my life and brighten the faded .. I appreciate ..




Ustaz Rock !

assalamualaikum !

bersama saya Mohamad Hafizzuddin Akmal B Mohamad Amin dalam blog hijaupurple yep yep ..
haha ! adoi ! bermulanya pada 24 Januari 2011 aku telah bertugas sebagai pengajar di Pusat Pengajian Al-Jauhar .. Aku di beri tugas mengajar Iqra' 1 , 2 dan 3 di sana .. macam tak percaya yep yep aku kini menjadi usatz walaupun aku sebernarnya berat hendak menerima gelaran tersebut .. bukan apa , tidak di nafikan lah hidup aku sendiri terkontang kanting , haru biru dengan pelbagai masalah .. Aku juga seperti segelinitir remaja laen yang hanya pandang dunia dan hanya di timpa masalah saja aku akan mendongak ke langit memohon pertolongan Yang Maha Esa .. atau lebih tepat lagi aku boleh di gelar sebagai bodoh sombong ..

hendak di jadikan cerita , semasa aku melangkah ke tempat mengaji tersebut , aku di beri ujian iaitu membaca al-quran .. subhanallah , aku sendiri tak percaya yang aku boleh lagi membaca tapi slow @ merangkak-rangkak .. tapi paling teruknya aku baru sedar yang sebenarnya aku dah lama tak membaca al-quran .. hmm .. dengan berkat tunjuk ajar ustaz di tempat pengajian tersebut , dia akan menolong aku supaya aku dapat berjalan ke landasan yang selama ini aku sudah jauh terpesong .. aku terima tugas ini sebab sambil aku mengajar sambil itu juga aku dapat belajar sekali dengan kanak-kanak yang aku ajar nie .. harap-harap apa yang aku ajar di berkati Ilahi ..

ramai yang panggil aku ustaz rock , haha ! aku boleh terima dengan gelaran tue tp kalau nk dapat gelaran ustaz sahaja amata berat sekali lah aku nak terima .. apa-apa pun terima kasih kepada anda yang support aku ye .. semoga korang di limpahkan rahmat daripa Allah SWT ..

amin ..

Friday, January 21, 2011

Hanya Piano

Kamal seorang budak lelaki yang telah lama kehilangan seorang bapa dan tidak dapat merasakan sepnuhnya kasih sayang daripada seorang bapa kerana bapanya telah lama meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Kamal berusia 3 tahun . Kini Kamal sudah berusia 7 tahun dan tinggal bersama ibunya dalam seba serbi kemiskinan ..


Mak Yam : "Kamal , mak lihat kau ni tak macam budak-budak lain .. Hari-hari bantu mak cari
rezeki untuk kita anak beranak .. kau tak ubah macam bapak kau sendiri , suka
tolong orang .. Tak nak kah kau bercampur dengan budak-budak lain di luar ?


Kamal hanya mendiamkan diri tetapi di dalam hatinya hasrat untuk bermain seperti kanak-kanak lain terpaksa di ketepikan kerana tidak sanggup di ejek dan di herdik akibat kemiskinan .. Jauh di dalam hati Kamal :

" siapa yang ingin bermain dengan aku , seorang miskin , hina dan daif "


Setiap pagi Kamal akan membantu ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak rumah ke rumah .. Dan pada sebelah petang pula , Kamal akan mencari tin-tin kosong untuk di jual dan hasilnya akan di berikan kepada maknya .. Ibunya , Mak Yam berasa amat kasihan terhadap Kamal yang tidak mahu bercampur dengan kanak-kanak lain .. Sayu dan terharu hati Mak Yam dengan kehidupan anaknya yang belum tentu masa depannya .. Mak Yam memasang impian untuk menghantar Kamal ke sekolah muzik mempelajari bermain piano kerana Mak Yam teringin sangat hendak mendengar anaknya bermain untuk Mak Yam lagipun atuk Kamal dahulunya seorang guru muzik .. Maka dengan segala wang yang di kumpul hasil daripada jualan kuih-muih , nasi lemak dan tin-tin kosong Mak Yam menghantar Kamal ke sekolah muzik di bawah jagaan Puan Lee untuk mempelajari bermain piano .. Tetapi terdapat satu masalah kecil iaitu jiwa Kamal tidak kepada muzik dan di sebabkan itu Kamal sangat perlahan untuk mempelajari bermain piano .. Puan Lee tidak berasa yakin tentang Kamal kerana kelemahannya .. Kerana keinginan yang mendalam , setiap minggu Mak Yam akan menghantar Kamal ke sekolah muzik tersebut dan menunggu sehingga Kamal balik .. Pada suatu hari , Kamal tidak pergi ke kelas piano dan Puan Lee merasakan yang Kamal telah mengalah dan tidak berminat lagi untuk datang ke kelas .. Ini juga kerana Puan Lee tidak memberikan sepenuhnya perhatian kepada Kamal ..

Pada suatu hari , Puan Lee telah mengadakan konsert piano atas nama sekolah muzik bawah jagaannya di bandar .. Puan Lee telah menjemput kepada sesiapa boleh datang ke konsert tersebut .. Semasa sedang sibuk menyiapkan konsert tersebut di dewan , tiba-tiba Puan Lee menerima satu panggilan telefon ..

Kamal : "Hallo Puan Lee , ini saya Kamal .. Boleh tak saya ingin menyertai konsert Puan Lee ?"

Puan Lee :" Maaflah Kamal , bukan saya tidak mahu tapi awak tidak berkebolehan bermain
piano dan tambahan pula awak bukan lagi pelajar saya "

Kamal :" Tolonglah Puan Lee , saya merayu pada puan dan berjanji tidak akan memalukan puan
pada konsert nanti "

Akhirnya Puan Lee terpaksa memberi peluang kepada Kamal untuk menyertai dan meletakkan nama Kamal di akhir konsert dengan harapan suapay Kamal akan berubah fikiran di minit terakhir agar tidak menyertai konsert tersebut ..


Hari yang dinanti-nantikan telah tiba , konsert tersebut di penuhi dengan orang ramai dan konsert berjalan dengan lancar .. Kamal hanya memerhati daripada tepi kehebatan pelajar -pelajar Puan Lee sambil menunggu gilirannya .. Akhirnya nama Kamal di panggil oleh pengacara dan Kamal berjalan dengan rambut yang kusut dan bajunya yang busuk , koyak seperti orang yang hilang arah sambil memberi hormat kepada penonton .. Penonton terkejut dan memberikan reaksi muka yang tekejut .. Terdapat seorang penonton membaling kasut dan hampir mengenai Kamal .. Ada yang menjerit

Penonton : " ini tempat orang kaya , bukan tempat kamu orang miskin "

Penonton : " busuklah woi ! pergi balik "


Puan Lee berasa gementar dan takot akan reaksi penonton yang mula berang dan beliau juga takot Kamal akan merosakkan konsert anjurannya .. Kamal hanya berdiam dan duduk di meja piano sambil mendengar cemuhan daripada penonton .. Jari Kamal mula bermain dan penonton yang riuh mula terdiam kerana terpegun dengan gaya dan lagu yang dimainkan oleh Kamal .. Puan Lee amat terkejut dengan cara Kamal bermain piano .. Kamal telah memberikan satu persembahan yang terbaik sehingga membuatkan semua orang merasa kagum akan kebolehannya .. Setelah selesai persembahannya , Kamal di hujani dengan tepukan gemuruh oleh penonton dan Puan Lee sendiri berlari menuju dan memeluk Kamal ..

Penonton : " di mana kamu belajar bermain piano begitu baik sekali ? "

Kamal : " Saya tidak di lahirkan sebagai pemain piano .. Beberapa minggu yang lepas , saya tidak
dapat hadir ke kelas belajar piano bawah jagaan Puan Lee kerana tiada orang yang
dapat menghantar saya ke kelas kerana mak saya sakit tenat di rumah , sakit kanser..
Mak saya telah meninggal dunia pagi tadi dan saya berharap sangat yang mak saya
akan mendengar saya bermain piano"


Para penonton dan Puan Lee terkejut dan salah seorang daripada penonton bertanya ..

Penonton : " Emak kamu sudah meninggal , bagaimana dia hendak mendengar ? "

Dengan sebak Kamal menjawab :

" Anda lihat , ini kali pertama emak saya dapat mendengar saya bermain kerana semasa emak hidup emak seorang yang pekak , tidak boleh mendengar saya bermain walaupun setiap minggu mak menghantar dan menunggu saya balik daripada kelas piano .. Dan sekarang saya tahu yang dia sedang mendengar .. Saya telah memberikan yang terbaik untuk mak saya "


TAMAT



cerita ini mengisahkan tentang cinta dan dugaan .. Apabila anda mempunyai semangat dan ada sebab untuk melakukan sesuatu , anda pasti akan berjaya .. bagi saya , jika anda tidak di lahirkan sebagai seseorang yang berbakat tetapi mempunyai sebab yang kuat untuk melakukannya , anda pasti berjaya dan Tuhan akan membantu anda ..

Thursday, January 6, 2011

Terbelahak !

ROKOK DAN MOTOR

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”


ANAK KEMBAR PUNYA HAL

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Terharu !

aku kini berada di batu pahat .. ke kolej tempat aku belajar .. biasalah sibuk register tapi aku sibuk buat onar .. daripada Johor Bahru bergerak lepas subuh menuju ke Batu Pahat .. Dengan tak tido , aku drive .. haha ! rabak doe mata aku .. Masa aku kat Jb aku da prepare bawak barang2 untuk Gadis Kecil Molek yang aku belikan semasa aku di Thailand Cambodia .. 1 handbag Gucci berwarna biru kesukaan nya , gelang dan keychain buatan kayu .. Setibanya aku di Batu Pahat , aku and the geng menuju ke kolej untuk menguruskan hal-hal register dan sebagainya .. Lepas setel kitaorang lepak dengan kawan-kawan lame , yela da lame tak jumpa kan .. Borak-borak , ketawa-ketawa .. aku dengan tak tidur memang memanjang r ketawa .. hahahaha ! lepas lepak , kitaorang port dekat ruma sewa Bob ..Masa kat ruma sewa Bob , aku text Gadis Kecil Molek menanyakan dia berada di mana ? yela mana tahu dia ade ,aku boleh bagi barang-barang dia yang aku belikan .. Dia jawab dia ade di ruma sewa kawan dia .. So aku pun cakap nak jumpa , nak hantar barang-barang sekali ..

Setibanya aku di depan ruma sewa kawan dia , aku rasa semacam yang memang laen macam giler lah .. yela , da la jarang contact then da lama tak jumpa .. bile je dia kuar jumpa aku , tiba-tiba badan aku macam gigil , maybe gemuruh agaknya .. padahal sebelum nie aku rasa biasa je tapi tak tahulah kenapa dengan aku hari nie .. sambil borak , aku still rasa gemuruh + seram +sejuk tapi cover line sket lah kan .. tak nak cam menunjuk sangat .. tapi memang tak di nafikan lah , jauh dalam lubuk hati aku , aku memang rindu sayang sangat-sangat-sangat dekat dia .. tapi apakan daya kami sekadar kawan sahaja .. aku kene la terima kenyataan kan .. :)

lepas dalam setengah jam kami still borak ag tapi aku apahal tah , macam entah la ek ... susah nak describe .. hehe ! agak2 korang ape dia ?? aku gembira sangat-sangat dapat jumpa , borak dengan dia semua kan .. kesan yang mendalam lah , hahaha ! lepas bagi barang-barang sume , aku minta diri .. aku hulurkan tangan , yela niat dalam hati sekadar salam sebagai kawan tapi dia boleh salam cium tangan aku .. aku da macam , " ish ! " terkejut .. tak sangka dia buat macam tue .. aku kalis cakap " tak payah la macam tue sekali " tapi dalam hati suka dan sayu dan terharu jugalah sebenarnya .. hehe ! da lame aku tak dapat salam ciuman daripada dia .. ternyata rindu , ahak !
if dia anggap kami sebagai kawan , aku terima jelah kenyataan .. tapi dalam hati aku even kitaorang da tak ade apa-apa hubungan , aku tak pernah anggap dia sebagai kawan .. aku anggap lebih daripada segalanya ..

*Kepada Gadis Kecil Molek kalau kamu baca blog saya , inilah hati saya yang sememang nya tak pernah lupakan kamu dan still sayang sampai bila-bila .. (nak cakap setia kang ,cakap aku masuk troli tolak sendiri pulak ,hahaha ! )tiada siapa yang boleh menggantikan kamu dalam diri saya .. haha ! macam jiwang la plak ! maaf la ye , ikhlas daripada hati .. jika kamu sudah menemui pengganti , semoga kamu berbahagia dan saya akan mendoakan kebahagian kamu .. tapi janji saya tetap janji , cuma berserah pada yang MAHA ESA ..

Monday, January 3, 2011

K.E.H.A.D.I.R.A.N N.Y.A

Wah ! Sedar tak sedar da masuk 2011 dah sekarang nih .. Fuh ! Ape-ape pun

Selamat Tahun B
aru ya !

Kehadirannya tahun 2011 telah membuka lembaran baru atau pun buku baru dalam hidup kita semua , betol ?? So aku nak cite sket la pasal tahun 2010 dalam hidup aku nie .. Ceritanya bermula di sini

2010 :

Banyak kenangan pahit dan manis bila di kenangkan balik semula , haha ! SO bagi sesiapa yang ade bersama-sama aku semasa menjalani kenangan pahit ,harap jadikan pengajaran dan tauladan .. Dan bagi kenangan manis , jadi kan 1 kenangan yang takkan di lupakan .. Dalam 2010 jugalah aku berpisah dengan Gadis Kecil Molek walaupun cerita tentang nya aku belum habiskan lagi tapi insyallah la aku akan habiskan juga dengan sediakan lagi 1 blog maybe juz untuk cerita Gadis Kecil Molek & The FF Story Tale .. So lepas aku berpisah dengan dia 2010 , aku mula menjadi pendiam dan kami ade membuat perjanjian tapi jika di izinkan Allah swt , harap2 menjadilah perjanjian itu .. Then kebetulan aku ke Thailand - Cambodia , berjalan-jalan , bekerja sambil menenangkan jiwa raga , haha ! Di sana gadis-gadis memang LETUP , MANTOP abes tapi bahasa jela yang susa kan .. haha ! pada pandangan mata aku , memang bole cair tapi pada pandangan mata hati , tidak cair .. Janji tetap janji .. Sepanjang aku di sana , macam-macam orang aku berkawan , ade yang tomboi , ade yang giler-giler .. Masa di sana aku memang busy giler , nak contact gadis kecil molek pun susa (masih kawan) .. So adelah tengah hari tue aku curi tulang , aku call gadis kecil molek walaupun aku di caj 1minit rm5 tapi tak kesahlah janji dapat call .. Malam tue , dalam hotel aku berpikir .. Apa nak jadi dengan aku nie , dalam hati ade Gadis Kecil Molek tapi luar hati , ade macam-macam gadis .. kalau nak cakap aku player pun sukehati korang lah kan tapi aku lebih suka di klasifikasikan sebagai pemberi harapan palsu .. So aku pun tak tahu nak jadi apa dengan aku nie .. Lepas balik daripada Sana , aku decide untuk fokus pada kerja dan sekarang aku jarang-jarang contact dengan gadis kecil molek .. :)

2011 :

Pembukaan malam tahun baru aku sambut dengan bermain futsal bersama rakan2 .. haha ! 1 Jan 2011 , Sabtu , aku bekerja .. giler kan ?? ari pertama tahun baru aku kerja .. ape boleh buat , perjanjian telah di lakukan , aku kene lah tunaikan janji aku even kami jarang-jarang contact .. tapi pada masa sama aku sudah berhenti tabiat menjadi pemberi harapan palsu .. aku dengan yang laen juz make as a fren .. Penah juga aku terpikir , berdosa tak kalau bagi harapan palsu ?? aku pernah bertanya dengan kawan-kawan dan orang yang lebih tua , jawapannya ye BERDOSA .. kerana mempermain-mainkan perasaan orang laen .. so sekarang aku kawan dengan mereka tapi aku belum ade terlintas hendak couple ke , in relationship ke an .. azam aku sekarang ialah KERJA , KERJA ,KERJA .. hahaha ! aku da jadi workaholic .. haha ! kejap ke sana , kejap ke sini .. Azam aku tahun baru nie :

1. kerja
2. ubah perangai
3. rambut panjang , haha !
4. berkebun
5. semoga ALLAH swt memberkati ape yang aku lakukan jika ianya betol dan semoga ALLAH swt melaknati ape yang aku lakukan jika ianya salah ..

Salam Tahun Baru ya .. :)



Rahsia kejayaan untuk di kongsi bersama Click Here!